Followers

Tuesday, October 19, 2010

Selamat Ulang Tahun 'Muhammad Yassin Adnin' 11 tahun - 19 Oktober 2010



Hari ini hari jadi 'Muhammad Yassin Adnin',satu satunya lelaki yang aku kandungkan selama 9 bulan dan mungkin dia adalah lelaki pertama dan terakhir yang aku kandungkan. Semalam masa hantar Yassin ke sekolah dan sekaligus balik asrama,aku dah ucap advance birthday padanya sempena birthdaynya hari ini. Yassin cium pipi aku kiri dan kanan serta dahi,acap kali kebiasaannya dia melakukan aku sebegitu. Kalau tahun lepas aku hadiahkannya gitar. Tahun ini aku mencuba untuk menghadiahkannya sebuah laptop kerana dia sudah ada keupayaan meminati dunia siber dan teknologi maklumat dengan pantas. Tetapi ianya ku katakan dengan bersyarat jika peperiksaan hujung tahunnya adalah di dalam 5 teratas. Dia senyum simpul. Terima kasih selalu picit kepala Umi,bila Umi balik kerja,terima kasih tolong Umi basuh pinggan dan apa juga yang menyenangkan hati Umi,disebalik kenakalanmu. Walau sikap tidak duduk diammu membuatkan Umi terkadang lelah dan melampiaskan kemarahan. Maafkanlah Umi,kerana sebagai Umi dan ayahmu dalam satu masa...Umi terkadang akur yang Umi hanya manusia dan ada rasa tidak puas hati,penat dan pelbagai lagi. Apa pun pencapaiannya pada tahun ini khatam Quran dalam umur 11 tahun,sedetik membuatkan perutku sejuk mengandungkannya. Dia mampu menghafal surah Yassin dan lancar di dalam membaca tulisan tulisan Jawi dan membaca Al Quran. Setidaknya itu mampu untuk aku jika sudah tiada lagi untuk anak ini mengutus sepotong doa buat ibu bapanya.

Yassin,hari ini Umi nak ucapkan 'Happy Birthday'...Umi dan kakak sangat sayangkanmu yang tiada galang gantinya kerana dirimulah satu satunya lelaki yang menjadi pelindung kami. Umi sangat dambakanmu menjadi anak yang soleh,menghormati wanita dan bertanggung jawab dunia dan akhirat. Seperti juga ibu ibu lain. Umi mungkin tiada harta sehasta yang mampu ditaburkan buatmu,tetapi ingatlah segalanya tanpa kerja keras ianya tidak akan mampu datang bergolek seperti yang kita kecapi hari ini.

'Lelaki Ini yang selalu mencintamu,selalu tanpa ragu
lelaki ini yang selalu memuja,hanya dirimu yang bertakhta dalam sanubariku'


-Umi Yang Melahirkanmu Tanggal 19 Oktober 1999, 2.30 petang, Hospital Kajang Selangor-

3 comments:

elmaaniq said...

Selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran utk Yassin Adnin dari abg.. hehe.

Semoga sihat selalu dan murah rezeki.

matakucing said...

selamat panjang umur jadi anak soleh.. amin

Anonymous said...

alhamdulillah,itu yg papa gembira,yassin dpt mbaca Al Quran,Tuhan memilih mu mnjadi seorang yg bertuah,pejam kn seketika brpa ramai anak yg tdak tahu mbaca Al Quran seumur mu...Maha Baik Tuhan kami.