Followers

Wednesday, February 15, 2012

Asas Teknikal Videografi


Salah satu elemen penting di dalam menghasilkan program majalah TV/dokumentari yang baik adalah teknik visual yang baik. Ini saya tempekkan, secara asas dipetik daripada http://www.fototeacher.com/videography.htm

ASAS TEKNIKAL VIDEOGRAFI

1 IRIS
Ketahui cara pengawalan iris yang betul dan kesannya kepada exposure, shutter speed dan depth-of-field.

2 SHUTTER
Belajar fungsi sebenar shutter dan pengaruhnya terhadap kecerahan, iris dan movement effect.

3 FOCUS
Ketahui bila dan bagaimana untuk menggunakan Auto Focus atau Manual Focus. Pelajari juga kaitan focus dengan depth- of-field yang juga berkaitan dengan focal length, aperture dan subject distance. Dalam pelajaran ini, anda akan menguasai kemahiran memfokus dengan cepat dan tepat.

4 WHITE BALANCE
Ketahui warna cahaya yang disukat dalam unit Kelvin untuk mendapatkan warna yang sesuai dengan penyampaian visual anda. Ketahui juga tanggapan salah mengenai white balance. Anda akan ditunjukkan cara membuat kawalan white balance pada kamera anda.

5 LENS (FOCAL LENGTH)
Fahami mengenai focal length dan kesannya kepada angle of view, perspective, camera vibration dan depth-of-field. Ketahui cara untuk memaksimumkan fungsi zoom lens bagi menghasilkan video yang berkualiti

6 PENCAHAYAAN
Pelajari cara yang betul menggunakan lampu video. Juga pelajari mengenai color gel bagi mengimbangkan warna cahaya. Lain-lain topik yang berkaitan juga akan turut diajar seperti penggunaan bounce light, neutral density, diffuser dan sebagainya. Fahami mengapa pencahayaan yang baik banyak menyumbang kepada kualiti dan mood sesuatu video

7 AUDIO
Pelajari mengenai jenis microphone, kawalan audio dan teknik rakaman audio yang betul. Audio yang baik hampir sama penting dengan kualiti video yang anda rakam.

8 TRIPOD
Ketahui cara untuk mengoptimumkan penggunaan tripod dengan memahami Friction Adjustment, Head balancing dan sebagainya.

TEKNIK DAN SENI DALAM VIDEOGRAFI

9 FRAMING
Pelajari teknik framing yang asas dengan singkatan untuk komunikasi seperti - MCU, CU, BCU, LS, MLS, MS, Two Shot, Three Shot dan sebagainya. Ketahui asas framing dan composition yang lain seperti looking room, head room dan rule-of-third. Sesi praktikal akan diadakan dalam bahagian ini.

10 CAMERA MOVEMENT
Pelajari teknik, ketahui mengapa dan bila untuk melakukan panning, tilting, crabbing, tracking, elevating, zooming dan developing shot. Anda akan ditunjukkan teknik yang betul untuk melakukan teknik-teknik ini bagi mendapatkan hasil video yang lebih dinamik. Setiap peserta akan diberi bimbingan untuk menguasai setiap teknik dengan cara yang betul.

11 ANGLE
Pelajari cara untuk mendapatkan sudut yang betul dan menarik, samada eye level, low angle, high angle dan sebagainya. Ketahui kaitan camera angle dengan kesan kepada komunikasi visual.

12 TEKNIK LANJUTAN
Pelajari teknik-teknik video yang lain seperti - subject entering frame, defocus, movement speed, slanting, insert shot, jump shot, hand held, 5 second pause, in camera editing, variety shot for footages dan sebagainya.

1 comment:

matakucing said...

wah dah layan bikin dokumetari ker kak..all the best