Followers

Friday, February 03, 2012

Ku Temukan 'Cinta' Pada Makrifat Cinta

Saya bersama 5 orang panel TV Al Hijrah, ketika membentangkan Di Bawah Taman Raudhah pada sessi pitching lalu. Di dalam bilik mesyuarat TV Al Hijrah Tingkat 1.

"Cerita 'Di Bawah Taman Raudhah' ini macam karya Taufiqurrahman Al Azizy dalam novel trilogi cinta dia. Pernah baca karya dia?"

" Tak pernah pula"

" Ada 3 novel tu, Syahadat Cinta, Musafir Cinta dan Makrifat Cinta"

" Oh saya tak tahu pula, nanti balik saya cari dan baca ya"


Dia senyum.

Aduh, jangan tuduh saya menciplak isi kandungan Indonesia Best Seller ini, kerana saya langsung belum pernah menyentuh novel ini hinggalah saat selepas itu hasil penerangan seorang panel TV Al Hijrah saudara Najib, membuatkan saya mencari ketiga-tiga novel ini segera di Marwilis Book Stores. Sayang, saya hanya menemukan dua novel sahaja tanpa Syahadat Cinta. Aduhhh tanpa novel pertama, bagaimana saya mahu membaca dan memulainya? Saya sungguh tidak menyangka banyak 'rezeki' pitching saya di TV Al Hijrah pada sessi pitching lalu. Saya kira hampir 15 sinopsis yang di bawa ke TV Al Hijrah melalui 4 produksi. Syukur, jika ada rezeki saya berjihad ke jalan Allah melalui medium TV Al Hijrah adalah rezekinya. Amin.

"Umi mesti kecewakan sebab tak dapat novel 'Syahadat Cinta' itu?"

Tutur puteriku yang rupanya telah dahulu membaca ketiga-tiga novel ini hasil pinjam di perpustakaan sekolahnya. Wah pantas! Mujurlah menghantar adik saya Mohd Fadzil ke Ko'diang Kedah baru-baru ini menemukan saya novel Syahadat Cinta ini pada Pesta Buku di Jitra Kedah! Jauhnya saya mencari sebuah 'Syahadat Cinta'. Dan saya sedang memulai membacanya. Baru saya teringat yang filem 'Syahadat Cinta' pernah bersiaran di Astro pada tahun lepas. Saya masih ingat jalan ceritanya, masjid pesantren Tegal Jadin yang indah itu. Tapi lekanya saya kerana saya kurang tahu ianya diilhamkan daripada trilogi novel Taufiqurrahman Al Azizy ini. Benar saya terlepas pandang. Maafkan atas segala khilaf dan alpa saya.

Bila mengingat kembali, ianya sama dan tidak sama antara Syahadat Cinta dan Di Bawah Taman Raudhah saya :). Kebetulan mungkin. Yang sama adalah latar lokasi yang berkisar di pesantren dan watak utama tersebut yang menjebak cinta rasa kagum dari sanubari 3 wanita di sekelilingnya. Kalau Iqbal Maulana ada Zaenab, Priscilia dan Khaura. Hanzalah pula ada Fatimatulzahra, Malia dan Husna. Kebetulan lagi kan? Bezanya lagi trilogi ini watak Iqbal Maulana pada mulanya adalah 'tidak suci' dan lantas inisiatifnya sendiri dengan lorongan ibu dan bapanya menjejak ke pesantren Sekolah Pondok Tegal Jadin di Solo Indonesia. Watak utama 'Di Bawah Taman Raudhah' saya adalah 'Hanzalah' seorang pemuda suci daripada awal yang dikagumi akan keperibadiannya persis yang saya tonjolkan mengambil contoh Nabi Yusuf Alaihissalam, Nabi Daud Alaihissalam dan nama Hanzalah itu sendiri. Jadi Iqbal Maulana Taufiqurrahman Al Azizy tidak sama dengan Hanzalah saya :). Cuma yang samanya, Iqbal Maulana Taufiqurrahman Al Azizy dan Hanzalah saya sama-sama melebur cinta dunia kepada cinta Maha Segala. Berpaksikan cinta yang satu dengan cinta hiasan dunia :).

Apa pun saya sungguh berterima kasih kerana mengenalkan saya dengan novel ini dan mengerti maknawi cinta yang sebenar cinta kepada Rabbul Izzati. Saya pinta, pembaca blog saya ini juga cubalah mencari trilogi novel ini. Jom kita baca secara berjemaah ya...:))

No comments: