Followers

Friday, November 16, 2012

Maaf semua.Saya sudah lama tidak kemaskini blog ini (jika ada yang membaca) kerana kesibukan menyiapkan pelbagai tugasan penerbitan dan penulisan program berbentuk majalah, skrip drama, laporan khas dan terbaru dokumentari. Segala kemaskini dan tarikh siaran karya saya selalunya akan saya umumkan di facebook saya.

Akan menulis semula bila ada masa....:)

Wednesday, August 15, 2012

Tak Pantas....................

Semua perasaan terkadang bukan boleh diucap dan dilakar melalui kata-kata. Hanya melalui lagu yang bisa menterjemah sebuah rasa.



Cinta yang telah ku berikan padamu
Cinta yang tulus untukmu
Telah ku relakan semua keinginanmu
Tapi kau tak pernah mengerti
Telah ku coba tuk mengerti kamu
Tapi ternyata kau khianatiku

Maafkanlah aku, ku coba lupakan
Semua yang pernah kita lewati
Bukan karena aku tak mencintaimu
Karena aku tak pantas bagimu

Pergilah kau cinta sejatiku

Telah ku relakan semua keinginanmu
Tapi kau tak pernah mengerti

Telah ku coba tuk mengerti kamu
Tapi ternyata kau khianatiku

Maafkanlah aku, ku coba lupakan
Semua yang pernah kita lewati
Bukan karena aku tak mencintaimu
Karena aku tak pantas bagimu
Pergilah kau cinta sejatiku

Maafkanlah aku, ku coba lupakan
Semua yang pernah kita lewati
Bukan karena aku tak mencintaimu
Karena aku tak pantas bagimu
Pergilah kau cinta sejatiku

Maafkanlah aku, ku coba lupakan
Semua yang pernah kita lewati
Bukan karena aku tak mencintaimu
Karena aku tak pantas bagimu
Pergilah kau cinta sejatiku

Thursday, August 02, 2012

Master Cheff...hiks


Arakian inilah kerja saya sepanjang Ramadhan, selain memenuhi tanggung jawab buat proposal, skrip dan menghadiri pitching di RTM. Ini adalah sejenis minuman yang dinamakan 'Wedang Ronde'. Saya memang pencinta minuman ini yang saya kenali dan pertama kali minum semasa shooting Musafir-Astro Oasis beberapa tahun dahulu di depan Makam Sunan Kalijaga, Demak Indonesia. Kesempatan saya lagi sekali pula merasanya bila ke Cibubur, Jakarta beberapa bulan lepas. Minuman ini sesuai diminum bagi memanaskan badan terutamanya ketika cuaca sejuk.

Sejarah Wedang Ronde ini serba sedikit. Ianya telah bermula semenjak 1930an lagi.  Minuman ini sudah popular di sekitar kota Boyolali, Solo, Salatiga dan Ambarawa. Dikhabarkan ianya merupakan minuman  kegemaran pejuang nasional, tokoh Katholik Mgr Soegijapranata saat tinggal di Ambarawa. Ianya sesuai diminum ketika cuaca sejuk dan sangat baik untuk memanaskan badan kerana terdapat kandungan halia@jahe.

Resepi Wedang Ronde
 
Bahan-bahanya :
                                         Kuah :
                                         1.1000ml air
                                         2.6cm halia dititik
                                         3.3batang serai dititik
                                         4.2lembar daun pandan
                                         5.400gr gula pasir

                                         Ronde atau bebola :
                                         1.250gr tepung pulut
                                         2.50gr tepung kanji
                                         3.1sudu teh garam
                                         4.50ml air kapur sirih
                                         5.250ml air hangat
                                         6.Pewarna makanan merah,hijau dll ikut suka
                                         7.Kacang tanah,goreng atau sangrai dan tumbuk halus
                                         8.Gula merah secukupnya
                               9.Bahan-bahan tambahan lainya,kacang tanah goreng atau sangrai,kolang-kaling@buah kabung,roti tawar(sy guna roti gardenia potong kecil-kecil),tapai.(Bahan-bahan tambahan tersebut boleh letak boleh tak,ikut suka).
 
xoxo....:)

Tuesday, July 10, 2012

L E L A H



Lama saya tidak menukil  sebarang kata di sini. Kesibukan-kesibukan dunia membuatkan saya sering tidak ada masa melakar kata. Saya akui banyak yang ditulis hanya menjadi separuh atau paling pun suku sahaja dan akhirnya terbiar sebagai 'draft' di fail post setting saya.

Terlalu banyak cerita, terlalu banyak kelelahan, terlalu banyak momen-momen jerih payah dan kesibukan yang bertali temali.

[ KONSERT MENGENANG SUDIRMAN] - Saya diamanahkan untuk menulis skrip Konsert Mengenang Sudirman di Astro Prima secara langsung. Ini adalah pengiktirafan buat saya, pada seniman dan penghibur hebat ini. Terima kasih kepada sahabat saya seorang Penerbit Eksekutif di ASTRO. Pengalaman manis juga buat saya bila dapat berbicara dengan Atai dan menulis skrip buatnya di atas pentas. Pengalaman manis juga bila menukil skrip pentas buat Haji Aznil Haji Nawawi yang tanpa banyak soal menerima idea saya yang serba kecil. Bekerjasama dengan Dato' AC Mizal secara rapat, banyak membuat saya senang hati kerana tidak banyak yang menjengkelkan bekerjasama dengan bekas vokalis Fiona ini. Untuk kalian yang masih belum sempat menonton, boleh saksikan di link ini.
http://youtu.be/L9LKke6hie4

[BAKAL MENULIS BUKU] - Saya belum 'approach' mana-mana publisher lagi. Cuma sudah ada 1,2 dalam senarai saya. Saya sudah melakar draft mahu menulis buku non-fiksi dan 2 buah novel islami. Novel islami itu masing-masing sudah bab yang ke 2. Doakan saya mampu menulis hingga ke muka surat yang terakhir. 


[LESEN KPKK TUSB] - Saya terkejar-kejar mendaftarkan produksi untuk memperoleh lesen KPKK.  Saya terpaksa turun naik KPKK selama beberapa kali kerana mereka baru pula upgrade borang online pendaftaran pembekal rancangan. Untuk pitching RTM yang semakin hampir, saya harus pula bergegas mendaftarkan. Kerana tanpa pendaftaran ini TUSB tidak boleh masuk pitching RTM. Sekarang semuanya harus online. Apa pun saya berterima kasih kepada Encik Razali dan Cik Nina di bahagian kewangan yang melayan saya dengan baik sekali di Aras 27 KPKK Putrajaya. Aras 27 itu umpama saya yang punya ;).

Dan pitching RTM hari ini TUSB telah berjaya mendapat sebuah telemovie! Itulah bayi pertama kami! Tanpa kabel, tanpa sogokan, tanpa jumpa KSU, tanpa kenal Pak Menteri. Kami hanya membawa bakat, karya dan persaingan sihat bagi memenuhi keperluan stesen TV. Saya harus bertepuk tangan pada diri sendiri dan ALP TUSB. Syukur!

[TURUN NAIK TV STESEN] - Meeting, pitching, discussion dll serba serbi membuatkan saya kerap memanjat bukit Angkasapuri dan TV Al Hijrah. Tapi saya tidak juga kurus-kurus ;P. Cuma saya masih tidak ada masa untuk ke Astro. Buat masa ini saya harus tumpukan satu-satu pada stesen-stesen TV ini dahulu.

[KELANSUNGAN] - Dan saya masih tetap turun shooting. Berkelana ke Ulu Yam, Kuala Kubu Bharu, Kuala Pilah, Seremban, Banting, Port Dickson, Batu Pahat, Sekinchan, Melaka, Merlimau/Umbai, Jasin dan akan ke JB & Mersing. Ini untuk sebuah program travelog berbahasa Mandarin yang akan ke udara November nanti di RTM 2.

Saya lelah, lelah dengan kesemua sisi kehidupan saya. Saya tidak ada masa langsung untuk diri sendiri. Telefon saya sentiasa menjerit daripada pihak penerbit/orang-orang tertentu yang menginginkan proposal/skrip/treatment saya dalam kadar segera. Umpama tidak ada orang lain dalam dunia ini yang boleh buat itu semua melainkan saya. Saya 'capek' tetapi saya seperti biasa tidak sampai hati menghampakan anda semua. Cuma harus ada batasnya. Rejab sudah berlalu, saya hanya sempat puasa 3 hari. Syaaban saya hanya mampu melakukan ibadat minima. Ramadhan, saya berharap.......agar saya tenang-tenang sahaja menghadapi ibadat. Cukup-cukup menimba harta dunia, Ramadhan saya mahu berehat kerana hidup tidak menongkat dunia :).



Sunday, May 27, 2012


5 Perkara Selepas Saya Pergi
1) Nyanyikan Lagu Kegemaran Saya
2) Menaiki Bot Di Tasik
3)Bacakan Novel Kesukaan Saya
4)Tinggalkan Bunga Mawar Di Tempat Kita Berjumpa
5)......


Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti

Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti

Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka

Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh

Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih

Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama

Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati

Saturday, May 19, 2012

Yang Pernah Bernama 'Seri'



Saya masih teringat, menyalin dan menulis segala kalimat sms demi sms nya di ruangan diari saya pada tahun itu. Benar, itulah antara perkara yang saya kira 'sebal' yang pernah saya lakukan antaranya sepanjang hidup. Kerana? Kerana dia itu sungguh bererti dalam hati dan hidup saya. Selamanya.

Sebelum majlisnya berlangsung, beberapa hari lagi dia menemui saya.

"A rasa nak batalkan majlis ini"

Wajahnya keruh. Kusut masai. Seingat saya sepanjang mengenalinya, saya hanya melihat dia kusut ketika beberapa tahun dahulu saat awal-awal bertemu saya. Ketika itu dia hampir putus asa dalam hidup. Ketika itu umpama dia mahu terjun ke dalam muara sungai di bandar tempat tinggalnya kerana cinta.

Saya menelan air liur berkali-kali. Gusar dengan ayat A.

"Jangan nak buat kerja gila, kan majlis dah dekat. Segala persiapan dah buat". Ucap saya tegas, mengingatkannya.

"Apa gunanya majlis diteruskan, kalau maruah A diinjak-injak sedemikian rupa?". Dia meluahkan resah melalui nada suaranya.

"Mungkin maksudnya bukan begitu. A....sudahlah"

Saya menahan getar di hujung suara. Jujur, saya mahukan majlisnya berlangsung. Indah.

A berpaling ke arah saya. Dia memandang mata saya. Damai. Ada kasih pada mata itu. Dia sudah mula melenturkan wajah dan suara dengan lebih lembut.

"Dalam dunia ini, selain emak hanya dirimu dan dia yang amat memahami A"

Saya diam. Sebak. Saya tunduk.

"Maafkan A kerana melukai hatimu. A ini memang tidak pernah menghargai kasih dan cintamu. Memang A tidak pantas untuk memilikimu". Nada suaranya mengukir kesal yang sungguh-sungguh.

Saya pandang matanya. Perasaan sayang saya juga mengalir pada bening matanya itu. Masakan saya mampu melupakannya sekelip mata, setelah banyak yang saya lalui bersamanya. Saat susah dan senangnya. Saat dia tidak ada apa-apa dan ada apa-apa kini. Tempoh 2 tahun terlalu lama buat saya mengadun segala air mata, suka dan duka bersamanya. Wajah itu, saya akan ingat sampai bila-bila. Saat sebelum majlis nikahnya.

"Sudahlah, yang penting A bahagia. Lupakan tentang lalu A". Saya menutup pilu yang mula hadir. Pilu melepaskannya kini, sebagai cinta hati saya. Belahan jiwa saya.

A memandangku dengan pelbagai perasaan.  Saya sendiri kurang mengetahui gejolak rasanya ketika itu. Saya rasa pelbagai. A tarik tangan saya. Cuba menahan saya, bila saya sudah mengajaknya beredar, menyedari malam sudah semakin larut. Saya tidak mahu berlama-lama dengan tunang orang dan bakal suami orang ini.

"Nak balik". Ucap saya perlahan tapi tegas.

A angguk. Kami sama-sama ke kereta yang berasingan. Bersebelahan. A menyandarkan badannya pada keretanya.

"Satu A pinta". Dia memandangku tepat.

Saya berdebar tertunggu bicaranya.

"Kau ku sayang hingga ke hujung usiaku. Takdir tidak menentukan kita bersatu. Kau wanita yang teragung, ketabahanmu membuatkan A terlalu mengasihimu"

"Tahu tak, setiap kali A ditimpa sedih dan duka, A akan memandang fotomu dan anak-anak dan di situ A dapat kekuatan"

Jujur saya sedih dan sebak. Tapi saya tahan air mata dari jatuh. Saya sudah banyak menangis untuk A. Dan untuk di sekian kalinya ini saya tidak mahu menangis lagi demi A. Tambahan menjelang hari bahagianya.

Saya memintas.

"Sudahlah A. Kisah kita kini hanya kenangan. Bersyukurlah tidak ada dendam di antara kita. Malah kita baik hingga ke saat pernikahanmu, tak lama lagi"

A masih memandangku tepat.

"Sanggup datang ke majlis pernikahan A?"

Saya menjawab pantas.

"Kenapa tidak?"

A mengusap wajahnya dengan tangannya. Dia mengeluh berat kemudian memandangku.

"A takkan jumpa wanita setabahmu, sayang.....jujur tidak ada"

Saya mendengar nada suara A bergetar. Saya cepat-cepat menekan alarm dan masuk ke dalam kereta .A mengetuk cermin pintu kereta saya. Saya membukanya, mahu tidak mahu.

"Jangan tinggalkan A"

Saya tarik nafas perlahan-lahan. Kemudian memandang ke depan sambil tangan saya memegang stereng kereta.

"Saya tidak pernah meninggalkan, kerana saya tidak pernah pergi"
 
Saya pandang A. Matanya akhirnya sudah menakung air mata. Air mata seorang lelaki. Saya pandang dalam. Kemudian mengalihkan pandangan. Saya tidak sanggup memandangnya lagi. Dia jarang menangis. Apatah lagi di depan saya.

Saya menghidupkan enjin kereta. Saya pandang A. A yang tidak akan saya tinggalkan kerana saya telah berjanji untuk tidak pergi dari hidupnya dan ada bila dia memerlukan. A yang akan beberapa hari lagi membilang tarikh nikah, tapi bukan dengan saya.

"A, balik dulu....nanti kita jumpa di wedding A ya. Tolong senyum untukku A, terakhir kali sebelum jadi suami". Saya senyum.

A senyum. Memaksa senyum ku kira untukku. A masih memandangku dengan matanya yang masih basah.

"Kirim salam pada anak-anak kita".

Perkataan 'kita' itu ditekannya, kerana itulah ayat lazim yang sering diucapkannya baik di telefon dan kala berjauhan dan bepergian. Memang dia menyayangi 2 malaikat kecilku itu dengan seadanya. Tapi, Ya Tuhan kenapa saya tidak mampu untuk memilikinya? Menjadi suri di hatinya? Menjadi belahan jiwanya? Tapi kenapa dia tertakdir dengan wanita lain?

Saya meninggalkannya di situ. Perlahan-lahan saya menekan pedal minyak dan melalui cermin sisi saya lihat A mengesat air matanya dan melambai saya. Saya membalas lambaiannya dengan memujuk hati saya, yang saya tidak pun berpisah dengannya. Cuma kami berpisah sebagai kekasih dan sebagai saudara dia tetap ada dalam hidup saya sampai bila-bila pun. Saya membuka radio kereta. Melantun lagu ini tiba-tiba yang menjadi lagu utama ditujukannya kepada saya, saat mula perkenalan kami. Saya terkejut, seakan radio ini dapat membaca pertemuan akhir kami sebelum A menjadi suami. Lagu ini dinyanyikannya kepada saya juga dengan penuh perasaan pada suatu ketika dulu. Terima kasih A, kerana hanya dirimu yang sanggup menghiasi ruang-ruang hidupku walau hanya seketika.

Dan A sudah bahagia kini. Saya senyum kerana A itu ada tempatnya dalam hati saya. Saya ikhlaskan pemergiannya sebagai lebih dari saudara dan kini saya tempatkan dia itu ikhlas dalam hati pada suatu tempat istimewa. Duduk diamnya di situ. A terima kasih atas segalanya.

Cinta sejati itu adalah ketika dia mencintai orang lain dan kamu masih mampu tersenyum dan berkata "Aku turut bahagia untukmu"

http://youtu.be/Kk0zEd0T8Rg
Kau Yang Bernama Seri

Relakan cintamu Seri
Leburkanlah rinduku ini
Agar bisa ku menikmati
Belaian kasih yang sejati

Biarpun hanya seketika
Biarpun bukan selama-lama
Sekali sudi kau menerima
Sejuta kali ku 'kan setia

Sekali bumi beredar
Mentari terbit di ufuk dunia
Bintang di angkasa
Masih bernafas di dada
Selagi itu kau kucinta

Inilah janjiku
Insan yang mengenal erti
Sepi yang tiada sepi, sepi lagi
Tinggal kau harapan
Satu-satunya sandaran
Jalan ku pulang ke jalan yang terang
Seri, aku merayu
Pada kau yang bernama Seri

Relakan cintamu Seri
Leburkanlah rinduku ini
Agar bisa ku menikmati
Belaian kasih yang sejati
Darimu Seri

Hanya kau kekasihku
Yang bernama... Seri...
Seri...

Monday, May 14, 2012

Surat Cinta Perindu-Perindu Tahajjud-Mu


“Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh, dari kejahatan makhluk-Nya, dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita, dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul, dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki.” [Al Falaq :1- 5]

Wahai orang-orang yang terpejam matanya, Perkenankanlah kami, manusia-manusia malam menuliskan sebuah surat cinta kepadamu. Seperti halnya cinta kami pada waktu malam-malam yang kami rajut di sepertiga terakhir. Atau seperti cinta kami pada keagungan dan rahsia-Nya yang penuh pesona. Kami tahu dirimu bersusah payah lepas tengah hari berharap intan dan mutiara dunia. Namun kami tak perlu bersusah payah, sebab malam-malam kami berhiaskan intan dan mutiara dari syurga.

Wahai orang-orang yang terlelap, Sungguh nikmat malam-malammu. Gelapnya yang pekat membuat matamu tak mampu melihat energi cahaya yang tersembunyi di baliknya. Sunyi senyapnya membuat dirimu hanyut tak menghiraukan seruan cinta. Dinginnya yang merasuk semakin membuat dirimu terlena,menikmati tidurmu di atas pembaringan yang empuk, bermesraan dengan bantal dan gulingmu, bergeliat manja di balik selimutmu yang demikian hangatnya. Aduhai kau sangat menikmatinya.

Wahai orang-orang yang terlena, Ketahuilah, kami tidak seperti dirimu !! Yang setiap malam terpejam matanya, yang terlelap pulas tak terkira. Atau yang terlena oleh suasananya yang begitu menggoda. Kami tidak seperti dirimu !! Kami adalah para perindu kamar di syurga. Tak pernahkah kau dengar Sang Insan Kamil, Rasulullah SAW bersabda : ”Sesungguhnya di syurga itu ada kamar yang sisi luarnya terlihat dari dalam dan sisi dalamnya terlihat dari luar. Disediakan untuk mereka yang memberi makan orang-orang yang memerlukannya, menyebarkan salam serta mendirikan sholat pada saat manusia terlelap dalam tidur malam.” Sudahkah kau dengar tadi ? Ya, sebuah kamar yang menakjubkan untuk kami dan orang-orang yang mendirikan sholat pada saat manusia-manusia yang lain tertutup mata dan hatinya.

Wahai orang-orang yang keluarganya hampa cinta, Kau pasti pernah mendengar namaku disebut. Aku Abu Hurairah, Periwayat Hadist. Kerinduanku akan sepertiga malam adalah hal yang tak terperi. Penghujung malam adalah kenikmatanku terbesar. Tapi tahukah kau ? Kenikmatan itu tidak serta merta ku kecap sendiri. Ku bagi malam-malamku yang penuh syahdu itu menjadi tiga. Satu untukku, satu untuk isteriku tercinta dan satu lagi untuk pelayan yang aku kasihi. Jika salah satu dari kami selesai mendirikan sholat, maka kami bersegera membangunkan yang lain untuk menikmati bahagiannya. Subhanallah, tak tergerakkah dirimu ? Pedulikah kau pada keluargamu ? Adakah kebaikan yang kau inginkan dari mereka ? Sekadar untuk membangunkan orang-orang yang paling dekat denganmu, keluargamu ?

Lain lagi dengan aku, Nuruddin Mahmud Zanki. Sejarah mencatatku sebagai Sang Penakluk kesombongan pasukan salib. Suatu kali seorang ulama tersohor Ibnu Katsir mengomentari diriku, katanya, ” Nuruddin itu kecanduan sholat malam, banyak berpuasa dan berjihad dengan akidah yang benar.” Kemenangan demi kemenangan aku raih bersama pasukanku. Bahkan pasukan musuh itu terlibat dalam sebuah perbincangan seru. Kata mereka, “ Nuruddin Mahmud Zanki menang bukan karena pasukannya yang banyak. Tetapi lebih karena dia mempunyai rahsia bersama Tuhan”. Aku tersenyum, mereka memang benar. Kemenangan yang ku raih adalah kerana do’a dan sholat-sholat malamku yang penuh kekhusyu’an. Tahukah kau dengan orang yang selalu setia mendampingiku ? Dialah Istriku tercinta, Khotun binti Atabik. Dia adalah istri shalehah di mataku, terlebih di mata Allah. Malam-malam kami adalah malam penuh kemesraan dalam bingkai Tuhan.

Gemerisik dedaunan dan desahan angin seakan menjadi pernak-pernik kami saat mendung di mata kami jatuh berderai dalam sujud kami yang panjang. Ku ceritakan padamu suatu hari ada kejadian yang membuat belahan jiwaku itu tampak murung. Kutanyakan padanya apa gerangan yang membuatnya resah. Ya Allah, ternyata dia tertidur, tidak bangun pada malam itu, sehingga kehilangan kesempatan untuk beribadah. Astaghfirullah, aku menyesal telah membuat dia kecewa. Segera setelah peristiwa itu ku bayar saja penyesalanku dengan mengangkat seorang pegawai khusus untuknya. Pegawai itu kuperintahkan untuk menabuh genderang agar kami terbangun di sepertiga malamnya.

Wahai orang-orang yang terbuai, Kau pasti mengenalku dalam kisah pembebasan Al Aqso, rumah Allah yang diberkati. Akulah pengukir tinta emas itu, seorang Panglima Perang, Sholahuddin Al-Ayyubi. Orang-orang yang hidup di zamanku mengenalku tak lebih dari seorang Panglima yang selalu menjaga sholat berjama’ah. Kesenanganku adalah mendengarkan bacaan Alqur’an yang indah dan syahdu. Malam-malamku adalah saat yang paling kutunggu. Saat-saat dimana aku bercengkerama dengan Tuhanku. Sedangkan siang hariku adalah perjuangan-perjuangan nyata, pengejawantahan cintaku pada-Nya.

Wahai orang-orang yang masih saja terlena, Pernahkah kau mendengar kisah penaklukan Konstantinopel ? Akulah orang dibalik penaklukan itu, Sultan Muhammad Al Fatih. Aku sangat lihai dalam memimpin bala tenteraku. Namun tahukah kau bahawa sehari sebelum penaklukan itu, aku telah memerintahkan kepada pasukanku untuk berpuasa pada siang harinya. Dan saat malam tiba, kami laksanakan sholat malam dan munajat penuh harap akan pertolongan-Nya. Jika Allah memberikan kematian kepada kami pada siang hari disaat kami berjuang, maka kesyahidan itulah harapan kami terbesar. Biarlah siang hari kami berada di hujung kematian, namun sebelum itu, di hmalamnya Allah temukan kami berada dalam kehidupan. Kehidupan dengan menghidupi malam kami.

Wahai orang-orang yang gelap mata dan hatinya, Pernahkah kau dengar kisah Penduduk Basrah yang kekeringan ? Mereka sangat merindukan air yang keluar dari celah-celah awan. Sebab terik matahari terasa sangat menyengat, padang pasir pun semakin kering dan tandus. Suatu hari mereka sepakat untuk mengadakan Sholat Istisqo yang langsung dipimpin oleh seorang ulama di masa itu. Ada wajah-wajah besar yang turut serta di sana, Malik bin Dinar, Atho’ As-Sulami, Tsabit Al-Bunani. Sholat dimulai, dua rakaat pun usai. Harapan terbesar mereka adalah hujan-hujan yang penuh berkah. Namun waktu terus beranjak siang, matahari kian meninggi, tak ada tanda-tanda hujan akan turun. Mendung tak datang, langit membisu, tetap cerah dan biru. Dalam hati mereka bertanya-tanya, adakah dosa-dosa yang kami lakukan sehingga air hujan itu tertahan di langit ? Padahal kami semua adalah orang-orang terbaik di negeri ini ? Sholat demi sholat Istisqo didirikan, namun hujan tak kunjung datang.

Hingga suatu malam, Malik bin Dinar dan Tsabit Al Bunani terjaga di sebuah masjid. Saat malam itulah, aku, Maimun, seorang pelayan, berwajah kuyu, berkulit hitam dan berpakaian usang, datang ke masjid itu. Langkahku menuju mihrab, kuniatkan untuk sholat Istisqo sendirian, dua orang terpandang itu mengamati gerak gerikku. Setelah sholat, dengan penuh kekhusyu’an ku menadahkan tanganku ke langit, seraya berdo’a : “Tuhanku, betapa banyak hamba-hamba-Mu yang berkali-kali datang kepada-Mu memohon sesuatu yang sebenarnya tidak mengurangi sedikitpun kekuasaan-Mu. Apakah ini kerana apa yang ada pada-Mu sudah habis ? Ataukah perbendaharaan kekuasaan-Mu telah hilang ? Tuhanku, aku bersumpah atas nama-Mu dengan kecintaan-Mu kepadaku agar Engkau berkenan memberi kami hujan secepatnya.” Lalu apa gerangan yang terjadi ? Angin langsung datang bergemuruh dengan cepat, mendung tebal di atas langit. Langit seakan runtuh mendengar do’a seorang pelayan ini. Do’aku dikabulkan oleh Tuhan, hujan turun dengan derasnya, membasahi bumi yang tandus yang sudah lama merindukannya.

Malik bin Dinar dan Tsabit Al Bunani pun terheran-heran dan kau pasti juga heran bukan ? Aku, seorang budak miskin harta, yang hitam pekat, mungkin lebih pekat dari malam-malam yang ku lalui. Hanya manusia biasa, tapi aku menjadi sangat luar biasa karena doaku yang makbul dan malam-malam yang kupenuhi dengan tangisan dan taqarrub pada-Nya.

Wahai orang-orang yang masih saja terpejam, Penghujung malam adalah detik-detik termahal bagiku,Imam Nawawi. Suatu hari muridku menanyakan kepadaku, bagaimana aku bisa menciptakan berbagai karya yang banyak ? Bilakah aku beristirehat, bagaimana aku mengatur tidurku ? Lalu kujelaskan padanya, “Jika aku mengantuk, maka aku hentikan sholatku dan aku bersandar pada buku-bukuku sejenak. Selang beberapa waktu jika telah segar kembali, aku lanjutkan ibadahku.” Aku tahu kau pasti berpikir bahawa hal ini sangat sulit dijangkau oleh akal sihatmu. Tapi lihatlah, aku telah melakukannya, dan sekarang kau bisa menikmati karya-karyaku.

Wahai orang-orang yang tergoda, Begitu kuatkah syaitan mengikat tengkuk lehermu saat kau tertidur pulas ? Ya, sangat kuat, tiga ikatan di tengkuk lehermu !! Dia lalu menepuk setiap ikatan itu sambil berkata, “Hai manusia, Engkau masih punya malam panjang, kerana itu tidurlah !!”. Hei, Sedarlah, sedarlah, jangan kau dengarkan dia, itu tipu muslihatnya ! Syaitan itu berbohong kepadamu. Maka bangunlah, bangkitlah, kerahkan kekuatanmu untuk menangkal godaannya. Sebutlah nama Allah, maka akan lepas ikatan yang pertama. Kemudian, berwudhulah, maka akan lepas ikatan yang kedua. Dan yang terakhir, sholatlah, sholat seperti kami, maka akan lepaslah semua ikatan-ikatan itu.

Wahai orang-orang yang masih terlelap, Masihkah kau menikmati malam-malammu dengan kepulasan ? Masihkah ? Adakah tergerak hatimu untuk bangkit, bersegera, mendekat kepada-Nya, bercengkerama dengan-Nya, memohon keampunan-Nya, meski hanya 2 rakaat ? Tidakkah kau tahu, bahwa Allah turun ke langit bumi pada 1/3 malam yang pertama telah berlalu. Tidakkah kau tahu, bahwa Dia berkata, “Akulah Raja, Akulah Raja, siapa yang memohon kepada-Ku akan Ku kabulkan, siapa yang meminta kepada-Ku akan Ku beri, dan siapa yang memohon ampun kepada-Ku akan Ku ampuni. Dia terus berkata demikian, hingga fajar merekah.

Wahai orang-orang yang terbujuk rayu dunia, Bagi kami, manusia-manusia malam, dunia ini sungguh tak ada ertinya. Malamlah yang memberi kami kehidupan sesungguhnya. Sebab malam bagi kami adalah malam-malam yang penuh cinta, sarat makna. Masihkah kau terlelap ? Apakah kau menginginkan kehidupan sesungguhnya? Maka ikutilah jejak kami, manusia-manusia malam. Kelak kau akan temukan cahaya di sana, di waktu sepertiga malam. Namun jika kau masih ingin terlelap, menikmati tidurmu di atas pembaringan yang empuk, bermesraan dengan bantal dan gulingmu, bergeliat manja di balik selimutmu yang demikian hangatnya, maka surat cinta kami ini sungguh tak bererti apa-apa bagimu. Semoga Allah mempertemukan kita di sana, di syurga-Nya, mendapati dirimu dan diri kami dalam kamar-kamar yang sisi luarnya terlihat dari dalam dan sisi dalamnya terlihat dari luar.

  http://anjangmuor.files.wordpress.com/2011/07/repentance-forgiveness.jpg