Followers

Wednesday, January 21, 2009

PERNIM



Santai menikmati malam yang dingin,aku di depan TV dan menukar chanel.Usai habis Laila Majnun aku terus malas mengalihkan chanel,dan terus di depan TV9.Terpapar title 'Bumi Di Pijak Langit Di Junjung' akan menyusul memenuhi rancangan TV9.Aku terus menatap dan aku realize hendak sangat lihat rancangan ini setelah melihat sedikit sedutannya,malangnya aku tidak tahu rancangan apa.Keterujaan aku terus menerus mendepani kotak tv.Satu demi satu paparan tentang Rumah PERNIM (Rumah Perlindungan Nurul Iman).Rumah ini merupakan rumah perlindungan kepada anak anak pesakit AIDS yang menjadi mangsa daripada tindakan ibu bapa mereka.Sayu sangat hatiku,hiba,lantas mutiara bening salju luncur mengalir melihat wajah wajah mulus anak anak di kaca TV itu.Kecil lagi sudah mengalami penderitaan sebegini yang pastinya bukan dari mereka.Kecil lagi sudah terpaksa memakan ubat ubatan untuk meneruskan kehidupan.Walma kita sebagai orang dewasa pun sukar untuk menelan ubat walau Panadol sekali pun.Ini kan insan sekecil mereka.Anak anak PERNIM diajar mengaji,sembahyang,diajar membaca,mengira dan yang lainnya.Mereka bernaung di dalam rumah PERNIM yang indah.Penaungnya Puan Hajah Norlina Alawi berkata,awal penubuhannya dulu tidaklah semewah ini.Beliau sanggup menggadaikan rumah,menggadaikan tanah,menjual kereta untuk keperluan anak anak ini.Rumah PERNIM yang cantik,tersusun dan indah,aku pasti anak anak PERNIM duduk diam di dalamnya dengan ibu yang baik.Pasti anak anak ini gembira,tetapi sejauh mana peranan kita?Mampu melihat dengan mata hati?Aku berkata kata kepada diriku sendiri.Hati aku benar benar tersentuh dengan pengorbanan yang dilakukan oleh Puan Hajah Norlina,semoga syurga milik kamu dan anak anak mulus ini.Selesai rancangan itu pun mataku masih basah dititisi air mata.Kasihan anak anak itu,insyaALLAH aku akan mengunjungi kalian dan memberikan kasih sayang,kerana itu yang aku mampu.Untuk insan insan yang related dengan Rumah Kebajikan,aku sangat2 mengkagumi kalian.Bukan mudah sebetulnya,sabar harus sebesar besarnya.Tabahlah,syurga pastinya kalian tujui...:-)

3 comments:

Shamsul Bahrin b. Zainuzzaman said...

hye Yan.thanks for the comments ya.. baru jer start blogging ni... tak reti sangat pun but my profession required me to do this so terpaksa la heheh :) i manage 2 blog.. satu bahasa sarawak yang onlysharm.. n satu lagi pasal my wedding n other event photography iaitu Sharmcatured...

btw thank you very much..

keep in touch

Ophe said...

Kalaulah mulia hatinya itu terpinjam juga buat orang lain... ermm... mudah-mudahan mereka yang ada dengan kemampuan (dari segi apapun), dapat menyumbangkan sesuatu untuk membantu... aminn

irakayra said...

hari tu saya dah pegi sana...kagum ngan dorang tu kak...