Followers

Thursday, March 05, 2009

Anak Anak Kita




Tadi tidak pula aku lapar, tiba tiba rasa lapar menghuni tekak dan perut berbunyi bunyi. Apa aku nak makan ya? Apa sangat yang ada di rumah bujang yang tidak bujang aku ini. Selalunya malam, aku kononnya bertahan tidak makan kerana kononnya mahu kurus. Hahah,kuruslah sangat. Bila aku diet bagai nak mati, tidak pulak aku kurus kurus. Bila aku makan dengan konsisten, stabil pulak berat badan aku. Arghh badan aku memang pelik, hormon pun pelik..kikik..

Buka peti ais, menjengah tingkat 2 peti ais. Aku keluarkan bekas barang barang masak. Apa yang ada ya? Ermm ada bawang merah, bawang besar, bawang putih. Belek belek ada pulak ikan bilis dan udang kering! Yes...! Aku nak buat nasi goreng, simple sesimple simplenya!

Resepi
NASI GORENG SESIMPLE SIMPLENYA

Bahan Bahan
Bawang merah 3 biji
Bawang Besar 3 biji
Bawang Putih 2 ulas
Udang Kering 2 sudu besar
Belacan sebesar ibu jari

Kesemuanya ditumbuk,paling sedap dengan lesung batu,kena rajin sikitlah..hihi

Ikan bilis dibasuh dan digoreng garing garing

Cara Cara
1)Masak nasi dan keringkan
2)Goreng dengan minyak panas, kesemua bahan ditumbuk tadi dengan garing
3)Masukkan nasi dan kacau sebati dengan bahan bahan tadi
4)Masukkan garam,ajinomoto?ohh tidak...aku mencuba seboleh tidak untuk tidak guna Pak Aji..hihi
5)Tabur ikan bilis yang telah digoreng garing di atas nasi

Siap!

Aku tanak nasi..(aku suka dengan perkataan tanak ni,sebab aku teringat arwah Opah kesayangan aku...dulu selalu dia menjerit manja, minta dimasakkan nasi dan arwah opah memasak lauk),secara kebetulan ada pulak beras wangi aku yang masih baik tu..hihi. Aku jarang menjengah tong beras ini, kecuali bila anak anakku ada kala cuti sekolah. Masa itulah barang dapur aku akan penuh sepenuhnya..Masa tu dapur akan jadi medan pencak silat! Masa tu aku akan jadi chef yang ADO meladeni karenah anak anak kesayangan aku dengan resepi mereka. Apa taknya puteri dan putera aku tu akan main order aje. Aku yang offer, selalunya pada mereka untuk aku masakkan masakan apa apa.

AKU

Ha, cepat nak Umi masak apa
Umi dah ready ni

Sambil aku memasang apron

Yassin berfikir fikir

YASSIN

Ha,Umi kita nak Umi masak cekodok aje

AKU

Cekodok manis ke? Cekodok ikan bilis?

YASSIN

Ikan bilis la Umi, lepas tu letak bawang banyak banyak


Ha tu resepi fav anak lelaki kesayangan aku :-)
Dia anak yang 'kampung' bagi aku...hahaha...sebab tidak banyak kehendak dan lagi satu bagi dia cukup nasi dengan telur goreng aje. Tapi sekarang dia dah tukar diet, dia tak makan telur kuning sebab katanya ustazahnya/penjaganya berkata telur kuning penuh dengan kolesterol dan bisa sakit jantung! Dia juga melarang aku seboleh mungkin tidak makan mayonis kerana dia tidak mahu aku sakit jantung. Aku mencuba tidak makan telur kuning dan mayonis setelah mendengar nasihat putera kecilku itu. Walau kadang kadang aku curi makan...;-P


TIQA

Umi, beli la ayam! Tiqa nak makan ayam

UMI

Ya lah, Umi belilah ayam
Tiqa nak Umi masak apa?

TIQA

Umi masak aje apa apa
Asalkan ayam...

Aku tersenyum....


Puteri aku suka makan ayam. Tidak kira apa resepi pun. Jadi ayam itu menjadi salah satu benda wajib bila mereka ada di rumah. Satu lagi anak anak aku hantu air soya. Air soya harus menjadi benda wajib di dalam peti sejuk. Mungkin kerana aku mengajar anak anak sedari kecil lagi akan makanan kategori kekacang yang boleh membina otak seperti soya dan tempe. Tempe, memang kudap kudap wajib kami bertiga beranak. Goreng panas panas, campur kunyit sikit dan garam. Angkat dan makan...hehe

Aku suka tengok anak anak makan. Terutamanya kalau habis dan licin. Aku suka lihat anak anak aku makan dengan bersemangat akan air tangan dari aku, walau aku bukan sepintar Chef Wan mengadun bahan bahan resepi.

Perut sudah kenyang dengan nasi goreng simple sesimple simplenya aku tadi. Untuk puteri dan putera Umi, Umi tinggalkan dengan dua lagu ini untuk kalian hayati. Hidup ini kita dakap dan kedap di hati kita dengan pergorbanan dan ketabahan,sayang..:-)

Anak Anak Kita~M Nasir

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli korporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan Tuhan-Tuhan itu


Oh Anak~M Nasir

Bintang-bintang ke syurga
Pertama percaya
Dua tak putus asa
Tiga terus terima
Empat tak berubah-ubah

Kelima rela berserah
Enam pentingkan yang sedia
Tujuh yang terpaling istimewa
Keikhlasanmu

Kalau ada bendanya
Mesti ada namanya
Kalau ada isinya
Mestilah ada bekasnya

Perlahan-lahan makan anak Sayang
Jangan sampai tercekik
Paku seluruh alam

Berhati-hati minum Sayang
Jangan sampai tersedak
Buih satu lautan

Perlahan-lahan jalan Sayang
Jangan sampai tersandung
Bendul gunung impian

Berhati-hati tatang alahai intan
Jangan sampai (kau) tertumpahkan
Setitis pun kasih sayang

(Kelak kau 'kan hidup dalam
Kekesalan berpanjangan)
Tiada petua kemenangan
Setanding ketaatan

Kepada Sang Pemilik
Kehendak dan ikhtiar
Rindumu yang sebenar

5 comments:

Algojo said...

waa... so sweet !! seorang ibu yang mithali.. hehehe.. I wakil bagi anak2 u ingin menghadiahkan lagu ini untuk u.. ' Mengapa kanta ini masih berkaca sedang ku telah pun terima di dalam redha.... '

- Lagu Bonda buat Azian.. :)

Norhaidatul Azian Tajul Ariffin said...

..segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
mengejar impi ke pintu syurga


Terima kasih sahabat,Algojo..:-)

matacoklatbiru said...

wat a sweet mother u r..
wow..
u r loving mother too..
respek sesangat dgn u..
ur children must be so proud to have such a wonderful mother...
:)

matakucing said...

ermmm best eh layan karenah anak2.. nasi goreng?? fav saya lagi2 letak cekur..fuhhh

Norhaidatul Azian Tajul Ariffin said...

Mata Coklatbiru~Thanks alot,that is combination between LOVE and my responsibility as their mother sekaligus memegang amanah-NYA di muka bumi ini..:-)

Matakucing~haha..kalau dh tgh2 malam tu,tu je yang ada..tu la yg saya masak,saya tak byk karenah pasal makan ni..tolak kayu,batu,plastik,besi aje..takde pantang larang...just pantang nampak aje..;-)