Followers

Wednesday, July 29, 2009

Catatan Kecil Buat Kak Min

Aku tidak mengenalinya secara dekat.Hanya melalui adiknya Mus yang kebetulan satu bumbung denganku ketika di Infology System tahun 1999/2000.Mus ketika itu kadangkala terpacul nama Yasmin Ahmad,kakak kesayangannya. Ketika itu aku mendengar sahaja dengan kusyuk akan keharmonian keluarganya dan juga kadang kala bila Mus menelefon bapanya,ibunya Enom atau kakaknya aku sekadar mendengar perbualan yang pada aku perbualan keluarga yang biasa.Ada kadang kadang perbualan yang mencuit hati.Tetapi aku mula mengenalinya secara terkesan di hati ini bila tatkala menonton iklan iklan hasil buah tangannya yang meruntun hati.Paling ketara menjelang Aidilfitri. Setiap kali itu akan amat kenal dan ternanti nanti,akan hasil kerja Kak Min.Ketika itu aku sudah lama tahu akan kehebatan bernama Yasmin Ahmad di Leo Burnett.Robert dan Kama kenalanku di Leo Burnett ada bercerita akan kehebatan hasil kerja yang bernama Yasmin Ahmad padaku sedikit lama dahulu.
Aku menjadi penonton setia setiap kali iklannya,sehingga aku amat mengenali penceritaan Kak Min walau baru sesaat iklan itu ditayangkan.Paling aku tidak boleh lupa iklan Mak Wan,yang kini menjadi ikon Astro dilema dengan anak anaknya yang ramai itu.Anak anak menghadiahkan seekor lembu kepadanya.Iklan itu sungguh meruntun hatiku dan sungguh sungguh buat aku menangis.Bukan itu sahaja,aku rasakan hampir kesemua iklan iklan Kak Min mendidik kita supaya menghormati orang tua,yang kita sering terlepas pandang.Moral yang Kak Min paparkan dalam iklannya membuatku dalam diam muhasabah diri untuk menjadi anak yang lebih baik kepada ibu bapa.Dalam diam selepas iklan itu aku mula mengkagumi dan menyayangi Yasmin Ahmad dan hasil kerjanya.Aku mahu tahu siapakah insan ini,walau sebelum itu aku pasti aku pernah berpapasan dengannya kerana tika itu aku di Jupiter Securities/JetFM dan Leo Burnett tempat Kak Min bekerja di bangunan yang sama.Timbul SEPET,GUBRA,MUKHSIN yang benar benar buat aku makin menyayangi insan seni bernama Yasmin Ahmad.Sehingga aku dan Kak Mas bikin pecah panggung bila mana sama sama gelak besar menonton Mukhsin di Mid Valley GSC.Kak Min sederhana sepertimana karyanya.Apa yang aku perasan semangat penyatuan kaum sungguh ketara dalam setiap hasil seninya.Kak Min mengupas isu isu kemasyarakatan tanpa berselindung dan telus.Kak Min memaparkan realiti masyarakat lewat karya karyanya.Kak Min juga menyentuh hati kita dengan kehidupan biasa masyarakat tanpa kasta,tanpa darjat,pangkat dan kekayaan.Aku dapat melihat jauh dari dalam karyanya dan aku amat dapat merasakan semua mesejnya itu sampai ke mata hatiku dan benakku.Dan aku pasti semua itu kerana keikhlasannya.Kita boleh menangisi kehilangan Michael Jackson dan aku pasti seisi dunia masih berkabung akan pemergiannya.Namun bagiku kehilangan Kak Min lagi besar dari kehilangan Jacko.Bagiku Kak Min meninggalkan kita tatkala kita masih dahagakan karya karyanya.Tatkala aku masih mahu memahami bahasa filemnya lewat video2 Ajami Hashim dengannya dalam You Tube dan blognya.Aku masih rindukan dirinya yang berperanan sebagai storyteller tersebut.Aku masih rindukan dan terngiang ngiang akan suaranya dalam temuramah2 video,stesen TV dan sebagainya.Aku masih rindukan penampilannya yang sarat dengan kemelayuan itu.Kerana SEPET,kerana Kak Min aku meminati baju kurung cotton kapas yang sangat mencerminkan rendah hatinya insan bernama Yasmin Ahmad.Kain cotton yang tidak sampai RM5 semeter itulah yang menjadi pakaian yang amat dibangga banggakannya.Aku rindukan itu.Alahai Kak Min...:-(
Dan aku masih menangis,setiap kali cerita tentangnya masih berlegar di ruang siber,stesen TV dan sebagainya.Hatiku masih sebak.Dan ini kali ke dua aku alami.Pertama dulu ketika pemergian Allahyarham Loloq.Mungkin kerana aku terlalu dekat dengan karya karya mereka dan mereka menjadi inspirasiku kala melayangkan jari jemari ini di papan keyboard.Buat Kak Min,i will always love you and you are always in our heart forever and ever.Tenanglah di 'sana' Kak Min.Pastinya segala kebaikanmu,keikhlasan dan keluhuranmu di balas ALLAH dengan darjat tertinggi.Moga rohmu diangkat di kalangan insan insan yang beriman dan beramal soleh.Percayalah segala kebaikanmu akan kami kenang selagi nyawa dikandung badan.AL-FATIHAH,AL-FATIHAH,AL-FATIHAH Kak Min.

INT.DALAM BAS.AKU,YASSIN-AFTERNOON

UMI/AKU
Yassin,sayang umi?

YASSIN
Sayang la...

UMI/AKU
Yassin,sayang umi banyak mana?

YASSIN
Kita sayang umi,banyak..sangat..

UMI/AKU
Banyak macam mana?

YASSIN
Banyak macam lautt,besar dan besar
Banyak sangat...

Yassin,menutup mulutnya dengan jari telunjuknya,isyarat diam.

YASSIN
Cop,cop..
Kita rasa macam banyak jalan raya pun boleh jugak..
Sebab jalan raya tu kan banyak dan banyak dan
banyak umi..
Tengok tu ?(menuding jari ke luar tingkap
bas ke atas jalan raya)

Aku sebak.

INT.RUANG TAMU.AKU,TIQA,YASSIN-AFTERNOON

UMI/AKU
Esok,umi tua siapa nak jaga Umi?

TIQA/YASSIN
Kita!Kita!(sambil angkat tangan)

UMI/AKU
Kalau umi tak larat pergi bilik air macam mana?

YASSIN
Kitalah angkat sebab kita anak lelaki

UMI/AKU
Siapa nak basuhkan?

TIQA/YASSIN
Kita!Kita!

Aku sebak.

*This video special dedicated to both of my beloved heart and soul,Nur Atiqah & Muhammad Yassin Adnin.Agar kalian bisa menghormati ibu bapa,memahami erti kesusahan dan kepayahan serta pengorbanan yang sarat.Agar kalian bisa menjaga kami hingga ke hujung nyawa dengan penuh tawaduk dan rasa sabar.Umi,sayang kalian!

2 comments:

matacoklatbiru said...

wow...
:)

Ajami Hashim said...

tQ dear :-)