Followers

Friday, July 24, 2009

our beloved 'Yasmin Ahmad'


Aku perlu menulis sedikit tentang Yasmin Ahmad,yang aku panggil sendiri sebagai Kak Min.Seisi dunia yang sayangkannya tambah tambah dalam keadaan tika ini.Aku mengenali Kak Min lewat 9 tahun dahulu daripada adiknya Mus (Muzaffar Shah Ahmad/Acha). Aku dan Mus rapat ketika dahulu kerana bekerja di bawah satu bumbung.Banyak yang kami kongsikan bersama. Susah senang ketika itu.Mus sering terpacul nama kakaknya dipendengaran aku.Ketika itu tiada siapa mengenali Kak Min,kecuali siapa siapa yang berurusan di Leo Burnett agensi pengiklanan tersohor itu .Mus kadang kadang bercerita pasal kakaknya denganku.Dan setelah kami lost contact di Infology System tahun 1999,hampir setahun selepas itu aku terserempak dengan Mus yang mahu ke Leo Burnett di bangunan yang sama aku bekerja.Panjang sembang kami dan Mus mahu menemui Kak Min untuk suatu projek.Dari cerita cerita Mus,dapat aku simpulkan Kak Min adalah kakak yang sangat prihatin terhadap adik adiknya.Luhur dan ikhlasnya insan yang bernama Yasmin Ahmad seluhur karya karyanya juga.Aku tetap menjadikan dia idola dalam perjuangan seni yang aku tatih sekarang.Jauh di sudut hati aku teringin bekerjasama dengannya.Kerana itu bagi aku perjalanan seninya masih dan amat amat diperlukan oleh insan insan yang dahagakan karya karyanya seperti aku.Aku amat berharap kesihatannya pulih seperti sediakala,kerana satu dunia memerlukan sumbangan seni Yasmin Ahmad.Dia ada identiti,walau dikritik dengan hebat kerana karyanya,jati dirinya teguh memperjuangkan adat,budaya dan penyatuan bangsa.Teguh dengan kebaya dan baju kurung cotton yang menjadi trademark nya.Wajahnya polos tanpa mekap.Wajah dan jati dirinya amat kuat.Doa untuk Kak Min,ya tuhan berikan kesihatan yang terbaik buatnya.Aminn...

*Mus,kalau baca ni sila contact aku.No ko tu berjaman dah tak le pakai.Aku dh lost contact kawan2 kita dulu,kecuali Olynd. Aku sentiasa mendoakan kebahagiaan family ko,terutamanya dalam keadaan sekarang.

Adik Yasmin terkilan laporan salah pihak media

Oleh CHEW WAN YING


Yasmin Ahmad dikejarkan ke Hospital Pakar Damansara setelah mengalami sesak nafas semalam.

PETALING JAYA: Pengarah terkenal Yasmin Ahmad masih berada dalam keadaan koma dan kritikal.

Demikian dinyatakan oleh adiknya, Muzaffar Shah Ahmad dalam sebuah sidang akhbar sebentar tadi di Hospital Pakar Damansara.

"Berita baik buat masa ini adalah keadaannya tidak bertambah teruk. Bagaimanapun, menurut doktor, 48 hingga 72 jam selepas pembedahan semalam adalah sangat penting.

"Dia masih dalam keadaan koma dan memerlukan bantuan pernafasan. Moga-moga semua dapat mendoakan agar Yasmin segera sembuh," kata Muzaffar atau lebih senang dipanggil Acha.

Semalam, pada sekitar 4 petang, Yasmin dikejarkan ke hospital setelah beliau mengalami kesesakan nafas sejurus selepas membentangkan kertas kerja di Sri Pentas TV3.

Keadaannya agak serius sehingga terpaksa menjalani pembedahan kecemasan di bahagian otak pada jam 6 petang semalam.

Menurut Acha, 38 tahun, doktor masih menyalurkan bendalir keluar dari otaknya (drainage of fluid) untuk mengurangkan tekanan pada otaknya.

"Doktor memberitahu otaknya bengkak kerana terdapat pendarahan pada satu pembuluh darah dalam otaknya sehingga menyebabkan strok," kata Acha.

Acha pada masa yang sama menafikan gosip terkini bahawa strok tersebut merupakan strok kedua yang dialami Yasmin.

Menurutnya, Yasmin pernah pengsan beberapa tahun lepas ekoran tekanan darah tinggi tetapi ia adalah sangat 'mild' (sederhana).
Yasmin Ahmad.

"Ini bukanlah strok kali kedua seperti yang diwar-warkan sesetengah pihak," kata Acha.

Tambahnya, Yasmin telah memakan ubat untuk menangani tekanan darah tinggi yang dihadapinya.

Kata Acha, "Yasmin tidak pernah mengadu tentang dirinya berasa kurang sihat. Dia cuma berkata dia ada migrain."

Mengenai projek-projek Yasmin yang sedang dan bakal dilaksanakan, Acha berkata: "Dengan keadaan kesihatannya sekarang, saya tidak tahu sama ada projek-projek tersebut dapat diteruskan atau tidak.

"Malah ia bergantung kepada sejauh mana Yasmin memberikan respons terhadap rawatan yang diberikan doktor," jelas Acha.

Sementara itu, Acha memberitahu, ahli-ahli keluarga sungguh terharu dengan kasih sayang mereka yang ditunjukkan oleh mereka yang prihatin terhadap kesihatan Yasmin termasuk media.

"Orang lain selalu kata saya mempunyai seorang kakak yang masyhur tetapi saya tidak berasa demikian. Kini saya benar-benar dapat rasakannya.

"Apa yang berlaku pada Yasmin adalah terlalu mendadak sama seperti Michael Jackson. Kita tidak bersedia menerima berita sebegini," katanya dengan penuh emosi.

Kata Acha, selama ini, semua pihak tahu kerja-kerja Yasmin adalah berkisar kepada kemanusiaan dan realiti.

"Oleh itu, sekarang bukan masanya untuk Yasmin meninggalkan kita semua. Dia masih mempunyai banyak perkara untuk disumbangkan.

"Dalam aspek-aspek tertentu, Malaysia tidak akan sama lagi tanpa Yasmin dan buah tangannya," kata Acha.

Dalam sidang akhbar itu, Acha turut menyentuh tentang maklumat salah yang dilaporkan oleh pihak media.

Katanya, media terbabit terlalu cepat membuat andaian bahawa Yasmin telah meninggal dunia sedangkan denyutan nadinya lemah ketika itu sangat lemah.

Sementara itu, Acha juga berkata, Yasmin amat menyayangi ibu bapanya kerana dia sedang membina sebuah rumah untuk mereka di Langkawi.

No comments: