Followers

Thursday, August 27, 2009

Tari Tirana @ TV3,Tuesday,9pm


INT.PEJABAT.AKU.MEJA AKU-MORNING/AFTERNOON

24/8-Debaran pertama kali berpitching di RTM.Mujur Francis,my officemate yang berhati mulia menghantarkan aku ke gerbang RTM.Sampai di pintu masuk,aku lepas tanpa pass kerana untuk pitching dan sampai di bangunan IPPTA.Dalam perjalanan nampak kelibat Pak Aziz Sattar dan aku sempat melempar senyuman pada seniman veteran ini.Naik ke tingkat 1 bangunan IPPTA aku disambut oleh Encik Khalil dan di bawa ke ruang menunggu sementara sebelum menunggu masuk.Kelihatan Kak Haniza,penulis novel Obsessi Cinta turut sama pitching dalam 1 production denganku atas nama novelnya juga Obsessi Cinta.Encik Khalil,Encik Roland,aku dan Kak Haniza masuk ke dalam untuk sessi pembentangan.Kelihatan Kak Long dari FINAS ada sebagai panel,seorang lelaki yang berwajah mesra dan seorang gadis berbaju kurung dan bertudung.Aku perlu membentangkan akan 'Khatimah Cinta' aku.Aku hanya bercerita mengikut medium dan pemahaman aku sesekali melihat bingkisan yang telah dicetak oleh Encik Khalil berkenaan ceritaku.Nervous beb,first time katakan..ye tak...Kemudian giliran Kak Haniza membentangkan 'Obsessi Cinta'nya.Aku lihat Kak Haniza bersahaja aje,walau katanya pertama kali..huhu.Kemudian giliran aku pula,membentangkan akan 'Sendu Di Matamu'.Pray me for me guys.Kemudian selepas itu kami sempat berbual di luar.En Roland mengatakan jika ada sinopsis sinopsis lain lagi mahu dihantar ke Astro sila kemukakan.Aku ada dalam beberapa sinopsis lagi,cuma perlu di edit dan dikemas kini sana sini.Hakikatnya aku sudah kekeringan idea.Encik Khalil mengatakan 'Selipar Jepun Suria' ku akan ke udara di Astro Prima pada bulan February 2010.Yeay!Tak sabar rasanya untuk aku melihat karyaku ini di ruang kotak segi empat di rumah kalian masing masing.Nanti sudi2kan komen dan aku akan bagitahu bila tarikh siaran k..

Again,by 2/9 aku akan berkampung lagi di RTM untuk sinopsis 3 telemovie aku.InsyaALLAH.Bak kata Zaini,tujuan kita hanya nak bagi pengenalan sahaja di RTM dan jangan harap apa apa,sebab RTM banyak terms and conditions nya compare with Astro and TV3.Ermm,yup.Aku hanya ambil sebagai pengalaman pitching dengan RTM kan.Aku akan terus menulis,dan menulis kerana ini merupakan cita citaku semenjak secondary lagi(walau pun kononnya time tu aku nk jadi Interior Designer..kikik..aku tengok susah sgt nk lukis pelan2 tu,maka ku kuburkan niat itu dan im realized aku sebenarnya menjurus kepada seni penulisan)

Good news!,aku akan berjumpa dengan seorang pengarah filem/drama terkemuka for next episode as scriptwriter in my life..hehe..Wait and see..:-).Don't forget to watch 'Tari Tirana every Tuesday 9pm at TV3,karya my idols scriptwriter/director Mista 'Shahrulezad Mohameddin'...

Sibuk menguruskan anak anak dan kesihatan anak anak juga insan tersayang dalam hidup ini.Sesungguhnya kebahagiaan mutlak bagi aku bila aku dapat menguruskan mereka semua dengan sempurna,sedaya aku.Puasa dijalani dengan sesederhananya,juga berbelanja mengikut kesederhanaan.Mujurlah tidak ada lagi begitu juga dengan tahun tahun sebelum yang dibuang ke tong sampah.Alhamdulillah.Masa menginjak begitu cepat,aku mendefinisikan perjalanan ini semuanya harus dirancang,sekian sekian dan sekian.Sekarang segalanya sudah disubmit dan hanya menunggu peluang dan khabar yang ku harapkan baik dan gembira demi mengatur sebuah yang bernama kehidupan.

nak sambung kerja,sambung kerja...sambung kerja....to be continue..:-)

3 comments:

matakucing said...

wah aktif yer akak ni..ermm all the best..insyallah ada rezeki tu.

Norhaidatul Azian Tajul Ariffin said...

Thanks alot matakucing..

*air mata kucing sedap,bulan2 puasa ni..;-)

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!