Followers

Thursday, September 24, 2009

Cinta Tak Bersyarat ;-)

INT.RUANG TAMU.RUMAH AKU.NIGHT

Diary Raya

19/09/2009
Padil datang dan kami bersiap siap mahu ke Masjid India dan Jalan TAR mencari baju Tiqa dan Yassin.Turut ada dalam senarai aku adalah kuih kuih tradisional yang aku tidak punya kesempatan masa dan kesempatan kemahiran.Sudah terbayang bayang di ruangan mata,BAHULU,BAHULU dan BAHULU,Batang Buruk,Kuih Putu,Kuih Ros/Loyang dan Kuih Bakar.Trafik berjalan seperti biasa,cuma sampai di Chow Kit kereta yang dipandu adikku Padil sudah bergerak perlahan lahan.Masing masing mula meredah sekitaran jalan raya Chow Kit,masing masing mahu pantas.Hon dan asap kenderaan bersilih ganti memenuhi rongga dan bingit telinga.Kiri kanan jalan Chow Kit penuh dengan barang barang keperluan Aidilfitri.Aku tidak ada plan mahu ke destinasi ini kerana sudah biasa dengan Jalan TAR dan Masjid India dan tidak ada apa yang perlu aku cari di sini.Sampai di simpang Pertama Kompleks kami mencari parking,betul betul depan Kompleks Campbell.Gila RM10!betul betul cekik darah nya parking.Mahu tidak mahu,aku harus redah sehari sebelum raya ini untuk membeli barang keperluan raya.Yassin merengek dan mula buat perangai mengada ngada.Aduh,aku puasa ni....Alih alih aku tarik tangan Yassin.Kaki aku langkah meredah kesibukan Jalan TAR,mula mencari baju baju anak anak.Mencari baju bukan mudah kerana kami ada konsep tiap tiap tahun.Aku memang cerewet dalam mencari baju untuk diriku dan anak anak.Habis Jalan TAR kami redah,hujan mula gerimis dan akhirnya membasahi bumi.Kami gagahkan juga meredah satu satu gerai dalam hujan cuba berteduh di balik atap plastik gerai gerai yang berselerakan.Susah mencari baju anak anak.Yang banyak saiz untuk dewasa aje dan baju melayu untuk anakku Yassin merahnya memang tidak kena denganku.Sampai di satu bazar tudung,aku lupa apa.Tapi sempat juga membeli tudung tudung di situ dengan harga yang murah dari biasa kerana perayaan.Satu gerai yang menjual tudung permaisuri aku singgahi kerana memang aku mahu membeli tudung ini.Nasib baik dapat.Aku,adik dan anak anak meredah pula kedai dalam bangunan.At the end,berjumpa baju anak anak di Gedung Kamdar.Huh,kalau tahu dari awal,baik aku ke Kamdar awal awal jer.Penat sehh meredah satu satu gerai dalam hujan gerimis!.Then misi mencari kuih raya.Semuanya sudah OK,cuma ralat kerana aku tidak jumpa kuih bakar!Huhu...terbayang bayang kuih bakar beberapa tahun lepas yang rangup dan cair masuk ke dalam mulutku.Frust,frust..

Bersiap untuk pulang ke kampung.Kami bertolak dalam pukul 12 malam.Hati walau penuh dengan gelodak rasa,aku cuba bersikap setenang mungkin.Tapi yerlah hati,aku hanya bisa mendiam seribu bahasa.Aku takut emosi,aku takut tersalah kata dan tingkah.Justeru lebih baik aku mendiamkan diri.Panggilan demi panggilan aku dapat pada malam raya termasuk dari Azrin.Aku terimanya dengan lapang dada.Aku hanya mahu pulang ke kampung dengan segera,menatap mata bonda!Cepatlah....:-)

Jalan raya berjalan sungguh lancar.Aku rasa hanya mengambil masa 1 jam setengah sahaja untuk sampai.Sampai sampai mak sudah menunggu dengan penuh kasih sayang.Aduhai bonda,kasihmu seteguh air di kali.Mak menyambut anak anak dan cucu cucu dengan penuh kasih sayang.Persiapan raya yang sederhana,dari kami.

20/09/2009
Selalunya aku ke kubur awal awal pagi,menziarahi pusara opah dan nenek.Tetapi kini bagiku untuk ke pusara tidak perlu ada waktu waktu yang harus.Bila bila sahaja boleh.Aku menerapkan budaya dan amalan menziarah kubur ini kepada anak anak.Menziarahi kubur padaku memberikan suatu ketenangan jiwa yang sukar dirungkai.Selalunya selepas menziarahi kubur,secara kebetulan ada sahaja berita berita baik yang mendatangiku.Alhamdulillah.
Menjadi rutin kami sekeluarga,pasti ada saudara mara yang datang menziarahi.Ianya umpama family tour especially tentunya dari adik beradik emak.Ada tetamu baru yang mengunjungi juga rumah keluarga kali ini.Yang penting pada aku,ukhuwahfillah.Apa pun yang berlaku,segala galanya tidak mampu mengubah sebuah yang bernama hubungan yang terpatri semenjak 17 tahun dahulu.Abah dan mak melemang setiap tahun,sedap betul lemang abah kerana tidak seperti lemang lemang yang aku biasa aku beli tepi jalan.Banyak lemang yang keraknya lebih menghuni dari isi.Tapi apa pun bertahun, aku masih dan tetap rindukan lemang arwah opah.Rindunya...selalunya kalau aku rindukan arwah opah sangat sangat di lebaran ini,aku akan bancuh sirap panas,masak rendang kerbau yang menjadi menu wajib keluarga RAWA kami dan masak lengkong.Di samping itu mesti ada kuih kuih tradisi menu wajib arwah opah di pagi raya,bahulu,kuih bakar dan kuih ros/goyang.Mana mungkin segalanya berulang lagi,sesedap air tangan arwah opah,kalau ada pun aku yang akan mewarisi segala galanya untuk diturunkan kepada anak anak.

21/9/2009

Aku menziarahi Makcik Hasnah dan family di Tapah Perak.Ada sendu,ada pilu,ada rindu,ada kasih dan air mata yang tumpah dari mereka. Seboleh mungkin aku tidak mahu menitiskan air mata di depan mereka,kerana nanti ianya tidak akan berhenti mengalir dan sayu itu panjang panjang hadirnya menghuni ruang hati.Sedangkan saat dan tika ini aku sangat perlukan kekuatan untuk menghadapi segala galanya mendepani hari muka.Apa pun aku tetap mendoakan,walau di ruang mana sahaja aku berada.Azrin seboleh mungkin mahu menemuiku,tetapi padaku aku tidak cukup kuat berdepan dengannya buat masa ini dan biarlah sampai saat dan masa akan berjumpa juga dengan kudrat dan kekuasaanNYA.Suasana jalan raya ke Kuala Lumpur berjalan dengan lancar.Lapang rasanya berada di rumah sendiri dan bersiap siap pula untuk menerima jika ada tetamu yang sesat datang.Balang balang kuih mula penuh di isi dan aku sibuk meladeni selera anak anak.Memasak kuah lontong,ayam masak merah,bihun goreng singapore dan rendang ayam.Seronok menonton drama raya dari artis artis AF7,drama lakonan raya Mawi dan telmovie Mawi oh Mawi...haha...

Aidilfitri,seminggu sudah berakhir.Ramadhan sudah berakhir dan Syawal menjengah. InsyaALLAH rutin puasa enam dan terus puasa ganti akan aku teruskan.Jika ada rezeki menjenguk keluarga di Ampang dan pusara arwah datuk dan nenek yang telah pergi di Taman Kosas.Pusara arwah ayah telah aku ziarahi bersama anak anak.Itu salah satu tanda kasihku,selain doa yang tidak putus putus usai solat.Zaini call aku untuk SJS dan aku pasti proses olahan skrip sudah hampir siap.3/10 akan start shooting dan sama ada Dira Abu Zahar atau Dayana AW yang akan menjadi teraju utama.Mudah mudahan ianya berjalan dengan lancar.Aku perlu lebih banyak belajar lagi,kerana pincangnya sangat banyak...ermmm....Bless for me guys..:-)

INSERT



Cinta Tak Bersyarat~Element

tak ada sedikitpun sesalku
tak bertahan dengan setiaku
walau di akhir jalan
ku harus melepaskan dirimu, ooo

ternyata tak mampu kau melupa
dalamnya cintaku yg hebat
hingga ada alasan bagimu
tuk tinggalkan setiamu, ooo

reff: demi nama cinta
telah kupersembahkan hatiku hanya untukmu
tlah kujaga kejujuran dalam setiap nafasku

karna demi cinta
telah kurelakan kecewaku atas ingkarmu
sebab kumengerti cinta itu tak mesti memiliki

andai saja bisa kau pahami
layaknya arti kasih sejati
karna cinta yg sungguh
tiada akan pernah mungkin bersyarat, oooo

repeat reff

ternyata tak mampu kau melupa
dalamnya cintaku yg hebat

No comments: