Followers

Tuesday, April 20, 2010

Kelakar? Sedih?Geram?Kecewa?...Semua Ada!


Pada suatu ketika dahulu aku dihubungi oleh seorang dari rumah produksi yang mengaku produksi itu miliknya dan menawarkan kepadaku projek gah bernama filem,teater muzikal dan sebuah telemovie yang diangkat dari kisah biografi adik Angkasawan Malaysia. Aku teruja! Bila aku tanyakan di manakah dia mendapat maklumat tentangku. Katanya hasil dari carian google atas nama penulis skrip. Oh Ok…aku terima. Oklah..

Katanya projek filem ini telah diserahkan sebelum ini kepada nama nama besar seperti Afdlin Shauki dan Shahriza Mahmod. Tetapi dalam penjelasan yang kurang jelas,produksi ini mengatakan padaku sehingga dua nama besar ini lama menunggu dan akhirnya projek filem ini telah lama tertangguh. Aku hanya mengiakan akan segala kata katanya sementelah keterujaan telah mengatasi akan rasa gusarku. Tambahan untuk penulis skrip baru seperti aku. Aku tanya kalian semua,siapa yang tidak teruja beb! Projek besar..! Untuk mengambil projek besar tidak sepertinya perlu ada pengalaman besar juga. Harus ada keupayaan dan yakin diri yang kuat. Itu pesanan orang orang yang terdahulu daripadaku di dalam bidang ini.

Berbalik pada produksi tadi, katanya aku disuruh pilih antara 3 projek itu yang mana aku berminat. Aku berminat lebih kepada drama dari filem dan teater muzikal. Kemudian katanya, dia perlu berbincang dengan lembaga pengarah setelah setuju mengambilku. Maka dia mengarahkan aku untuk email akan hasil hasil kerjaku. Maka aku pun menunaikan permintaannya itu. Kemudian beberapa minggu selepas itu, aku bertanyakan kepadanya dan dia mengatakan bahawa disebabkan projek projek besar itu harus menunggu beberapa perkara yang berkaitan legal maka ianya harus mengambil sedikit proses. Selepas itu dia selaku orang produksi memintaku menghantarkan beberapa proposal synopsis untuk kesinambungan kerjasamanya denganku. Tentulah aku teruja!

Aku menghantar 4 sinopsis ke rumah produksi itu. Telemovie dan drama bersiri 13 dan 26 episod. Dalam beberapa minggu juga mereka membacanya sekaligus membuat decision. Kemudian, aku dihubungi dan dia mengatakan bahawa 3 daripada 4 sinopsis yang aku hantar diterima oleh pihak produksi. Siapa yang tidak gembira bukan? Aku..kepalanglah gembiranya. Umpama anak kecil yang mendapat lollipop perisa strawberry layaknya. Sampai facebook status pun aku war warkan mengenai berita gembira ini. Ucapan tahniah demi tahniah aku terima dari kawan kawan.
Kemudian,mereka mengarahkan aku agar mengubah suai sedikit jalan cerita seperti yang mereka kehendaki. Ianya tidak menjadi masalah kepadaku kerana hanya perlu mengubah sedikit sahaja. Itu dan begini kata mereka…aku turutkan. Beberapa hari selepas itu aku menerima email dari pihak produksi tersebut mengatakan bahawa aku perlu menghantar kepada mereka 10% daripada skrip ke tiga tiga synopsis itu untuk rujukan mereka dalam proses pembentangan kepada stesen tv. Tentunya aku bertanya kepada orang orang terdahulu seperti Abg Mazelan Manan,Kak Maizurah Ederis,Kak Faznita Md Noor yang telah lama makan asam garam di dalam dunia penulisan skrip ini. Tegas pendirian abang dan kakak kakakku ini dan semua sepakat mengatakan ‘BAYAR’!. Sinopsis pun sepatutnya berbayar inikan pula skrip penuh,walau 10%. Bayar…bayar…bayar…ianya berlegar legar di dalam kepalaku. Antara mahukan job dan maruah penulis skrip tidak diperkotak katikkan. Lama aku berfikir tentang ini.

Akhirnya setelah mengambil masa beberapa lama berfikir aku membalas email kepada rumah produksi tersebut yang mengatakan mereka perlu membayarku sekian sekian. Semuanya ku jelaskan. Aku tidaklah meminta bayaran yang mendadak,tetapi dari guide line yang diberikan oleh abang dan kakak kakak rakan penulis skripku. Cuak,gementar..aku terfikir bagaimana jika aku terlepas job ini? Parah hatiku,tentunya…Tetapi suatu suara lagi berkata,aku harus tegas,aku harus ada maruah,aku harus tidak mencemarkan profesi dan aku harus berjuang! InsyaAllah rezeki ada di mana mana. Maka aku redha,jika ianya bukan rezeki yang Allah tentukan buatku. Pasrahlah….

Tidak lama selepas beberapa minggu,aku menerima email itu pada hari ini. Dengan bahasa yang tersusun indah, dengan pohonan maaf yang melata di dalam emailnya mengatakan gembira bekerja denganku,gembira dengan ideaku dan mereka mengatakan TIDAK DAPAT BEKERJASAMA denganku untuk projek kali ini. Dengan alasan syarikat ada polisi? Lantas bagaimana dengan polisi aku sebagai PENULIS SKRIP MALAYSIA? Adakah tenagaku melayangkan tinta bisa dibiarkan,biarkan..biarkan tanpa menghormatiku sebagai penulis skrip? OK aku terima maafnya,aku terima keengganan mereka yang tidak mahu bekerjasama kerana polis syarikat mereka yang tidak mahu membayarku. Maka..? Bila insiden insiden ini terjadi di dalam hidupku, yang pastinya sudah ditempuhi oleh penulis penulis skripku terdahulu. Aku berfikir, di mana hormat mereka terhadap penulis skrip? Di mana kefahaman mereka tentang bayaran untuk 1st stage,2nd stage atau seterusnya? Tidak tahukah rumah produksi dan orang orang produksi tentang itu? Atau mereka tidak mahu ambil tahu? Atau sengaja…..! Lantas kemudian menghubungi penulis skrip lainnya yang bisa melakukan kerja sebegini dengan percuma dahulu,kemudian ditipu atau tidak dibayar langsung. Aku kesal! Orang orang seperti inilah yang merosakkan sedikit sebanyak institusi yang membuatkan kami penulis skrip masih dalam kemelut dan penuh belenggu.

InsyaAllah rezeki itu ada di mana mana rumah produksi, yang tahu berkenaan industri,yang kenal erti hormat dan tahu erti jerih perih penulis skrip yang berkorban masa menulis ! Tidak apa segelintir rumah produksi yang hidup dalam kepompong mereka sendiri. Aku rasa mereka harus belajar mengenai polisi dari rumah rumah produksi yang gah namanya! Kini aku sedar kata kata Abg Mazelan,sebelum ambil job pastikan kredibiliti rumah produksi tersebut. Apa pun terima kasih kerana memberikan aku pengajaran dan ilmu polisi produksi yang terbaik yang baru aku kenal dari mereka. Saat ini seluruh urat nadiku yang berjuang atas memartabatkan drama Melayu mengalir kersani di dalamnya,dalam darah merah,pekat dan likat. Semoga rumah produksi itu berjaya dengan projek gah mereka.

Masih Keliru?
-Yann-

3 comments:

elmaaniq said...

ada hikmahnya. cuba lagi. insyaALLAH kita akan dapat seperti yang kita usahakan

ilma said...

halo...salam kenal,

aku juga seorang penulis skrip baru di Indonesia, karena facebook serunya scriptwritting, aku melihat account Facebook kamu..:)

lalu aku tiba di blog ini. setelah baca tulisan ini, aku pun sering kali mengalami hal serupa...

aku hanya bisa pasrah dan sambil berharap semoga proyek lain yang lebih berkah....^__^

oh ya, silahkan berkunjung blog aku:

mysimpleport.blogspot.com
or
idai.multiply.com

salam...^_^

Sari Dahlia said...

sabar jaklah, asam garam dalam dunia skrip! semua akan rasa kak. apapun,itu cuma sekejap. hadapi dengan senyuman :)

chaiyok2.