Followers

Friday, November 06, 2009

Puisi Lelaki


tidak pernah ada nafiku
padamu lelaki yang pernah hadir menghuni hati
dan melunas tanggungjawab
sekali pun pernah melukakan
tidak luntur santun ini
tidak pudar hormat ini
pada yang bernama lelaki

kerana aku percaya bukan semuanya hitam
walau gelap sekali pun takdirnya
ironi fitrahnya aku dicipta dari tulang rusukmu
justeru dari situ tercipta
dan dari azali itu aku menjelma menjadi manusiawi
dari situ aku kenal cinta
dari situ aku bergaul dengan bahagia dan carik duka
pernah ada sekuntum senyum segaris
dalam duka yang kalian isi

duhai lelaki
aku sangat menghormati
aku sangat menyayangi
dalam segenap hati ini
andainya aku bisa memutar kembali
terapi cinta yang kalian beri
linang linang duka yang bertali temali
akan aku kalungkan air mata mutiara indah ini
kerana dari situ memberikan aku sejuta azimat
dalam langkah langkah ini

dan aku tetap di sini
menghormati sepotong insan yang bernama lelaki


1245am 081109

No comments: