Followers

Wednesday, November 18, 2009

My Baby 'Selipar Jepun Suria'





INT.RUANG TAMU.RUMAH AKU.AKU-NIGHT

Tertari jari jemari untuk mencari artikel artikel berkenaan 'Selipar Jepun Suria'ku yang telah habis shooting pada October lalu aku kira.Bila bercerita tentang 'Selipar Jepun Suria' aku senyum,hati aku juga turut senyum...malah semua organ badan turut senyum. Aku menulisnya,skrip asalnya jauh dari sudut hati dan benak hati. Asalnya assignment untuk seorang Sifu aku,seorang pengarah dan penulis skrip terkenal di dalam dunia drama. Lama aku menunggu,maka kerana kesibukan Sifu aku itu juga maka aku menghantarnya ke pihak Asia Best. Zaini Kosnin banyak membantuku dalam merealisasikan 'Selipar Jepun Suria' ke layarnya. Thanks alots,begitu juga sang sutradara Murali Abdullah. Terima kasih di atas kepercayaan dan iltizam. Walau ada babak babak dan jiwa 'Selipar Jepun Suria' ini yang telah hilang dari skrip asal,tetapi tidak apalah...aku ini masih baru dan haipp!aku harus patuh pada orang yang lebih ariff.Its ok,apa pun aku sayangkan 'SJS' aku dan ianya merupakan baby aku dalam penulisan skrip drama aku. Semoga ratingnya tinggi diraih dalam Astro Prima by next year Feb,seperti yang Asia Best dambakan macam rating 'Halimah Jongang'.

Sinopsis 'Selipar Jepun Suria'

Berkisarkan akan seorang gadis manis bernama Suria yang terlalu obses terhadap selipar jepun kerana dididik oleh ayahnya Pakcik Halim semenjak kecil lagi.Ini semua kerana kesusahan hidup yang mereka hadapi sekeluarga.Suria menanamkan di dalam diri bahawa kerana selipar jepun inilah yang dia boleh berjaya menggapai segala impiannya untuk menubuhkan ‘Suria Slippers’.Suria ke Kuala Lumpur menemui Dina dan tinggal bersama sekaligus berjaya bekerja di sebuah syarikat konsultan terkemuka milik Adnin.Adnin sudah mula tertarik kepada Suria semenjak hari pertama temuduga terutamanya prinsip Suria terhadap selipar jepun .Hari ke hari,Adnin makin jatuh hati kepada Suria tetapi menganggap dia masih punya banyak masa untuk menawan hati Suria.Munculnya Fendi dalam suatu insiden yang tidak disengajakan semasa Suria terhumban selipar jepun miliknya ke bawah apartment tempat tinggal mereka dan terkena kepala Fendi.Mereka bertelagah dan Fendi amat tidak sukakan Suria ketika itu.Suatu kejadian,bilamana Suria ternampak Fendi dikasari oleh teman wanitanya dan kejadian itu membuatkan Suria dengan tekad membaling selipar jepun miliknya kepada teman wanita Fendi.Semenjak itu Fendi mula merasakan Suria amat berbeza dengan gadis lain yang ditemuinya.Fendi kagum dengan prinsip Suria yang menghormati kaum Adam sepertinya selepas Suria menjelaskan akan mengapa dia tergamak membaling teman wanita Fendi dengan selipar jepun tersebut.Semenjak itu Suria dan Fendi berkawan baik.Ini menimbulkan cemburu kepada Adnin dan Adnin mula mengatur langkah untuk menambat hati Suria..Suria pula masih berulang alik ke kampung halamannya untuk mengetahui akan perkembangan permohonan pinjaman untuk menubuhkan Suria Slippers.Berkat kesabaran dan kesungguhan menghadapi segalanya permohonan pinjaman untuk menubuhkan Suria Slippers diluluskan.Suria,ibu bapa dan seluruh penduduk kampung yang menyokongnya amat gembira dengan usaha Suria.Adnin dan Fendi yang menagih cinta Suria akhirnya akur dengan prinsip Suria yang mahu menggapai cita citanya,tanggungjawabnya terhadap ibu bapanya dan seluruh masyarakat kampungnya.

antara skrip asal 'SJS' aku,yang menarik pada pandangan aku...
V.O Suria
HA BEGINILAH AKU DENGAN SELIPAR JEPUN AKU.KENAPA SELIPAR JEPUN?AKU PUN TAK TAU KENAPA,TAPI MEMANG AKU DAH SEBATI DENGAN SELIPAR JEPUN INI DARU DULU LAGI.AYAH AKU LAH YANG KENALKAN AKU DENGAN SELIPAR JEPUN SEJAK KECIK LAGI.JADI MEMANG SELIPAR JEPUN ADALAH KEBANGGAAN SEJAGAT AKULAH DIKATAKAN.DAH TAK BOLEH KATA APA DAH.AKU DENGAN SELIPAR JEPUN INI MACAM TIDAK BOLEH DIPISAHKAN.MANA ADA SELIPAR JEPUN,SITU ADA AKU.MANA ADA AKU,SITU ADA SELIPAR JEPUN.HAHA.KELAKARKAN?KORANG KELAKAR KE?
OKAY BERBALIK BALIK KEPADA SELIPAR JEPUN,KIRANYA SELIPAR JEPUN NI MACAM SET AKSESORI,EH BETUL KE AKU CAKAP TU,MACAM PELENGKAP AKU LA.TANPA SELIPAR JEPUN KIRA AKU TAK BOLEH HIDUP LA.MACAM TU PUNYA TERUK.APA JUGA CACIAN,MAKIAN,HINAAN,SENDAAN,ATAU APA APA AN LAGI LAH AKU TERIMA DEMI SELIPAR JEPUNKU.LAIN LAH MACAM DIORANG TU YANG BANGGA DENGAN KASUT ADA REBEN DEPAN LA.ADA BUNGA DEPAN LA.AKU SEDAR LA BAPAK AKU TAK MAMPU BELI SANDAL MACAM DIORANG TU.JADI SELIPAR JEPUN NI LA DOK AKU BANGGA BANGGAKAN.TAPI KORANG JANGAN PANDANG SEBELAH MATA TAU,KIRA SELIPAR NI BALING ANJING PUN BOLEH MATI SEBAB TAHAN LASAK.MANA TAHU?HA AKU TAHU LA.SEBAB AKU PERNAH BALING ANJING,EH TAK PERNAH AKU PERNAH BALING SELIPAR INI PADA MAMAT SAMSENG KAMPUNG YANG CUBA NAK PEGANG PEGANG AKU MASA AKU LALU KAT SEMAK NI(SAMBIL BERHENTI DAN MENUNJUKKAN SEMAK).AKIBATNYA DIA MASUK ICU 2 HARI,NASIB BAIK TAK JALAN LEPAS ITU.SO INI LAH YANG AKU BANGGAKAN DENGAN SENJATA AKU YANG SATU NI.AUTOMATIK DIA JADI ‘RESCUE’ PADA AKU LA.


10-SURIA,DINA,ADNIN,EXTRA-BEBERAPA PREMIS PEJABAT,PEJABAT ADNIN,APARTMENT-SIANG

ESTABLISHED - Bangunan tersergam indah,dalam satu demi satu temuduga yang Suria hadiri.Terdapat juga beberapa temuduga yang syarikatnya beroperasi di bangunan berupa rumah kedai.
Suria menghadiri satu demi satu temuduga dan seperti biasa ramai yang prejudis akan seliparnya.Tibanya Suria mencari cari akan bangunan pejabat yang akan menjadi ‘mangsa’nya kali ini pula.Atau dia sendiri menjadi mangsa,katanya.Dengan senyum Suria meneruskan semangatnya untuk memenuhi tanggungjawab dan misinya dalam mencari kerja.

ESTABLISHED - Syarikat yang ditujui sampai dan sampainya Suria seperti biasa mengisi borang dan seakan sudah lali dengan ejekan mengenai seliparnya,Suria senyum dan dengan tenang menunggu.Seorang jejaka kacak berkarisma lalu,dengan satu suit blazer serba hitam dengan kemeja putih.Tali leher berwarna biru lagi melengkapkan akan penampilannya.Tangannya membimbit briefcase,mungkin dalamnya laptop,telah Suria.Bau perfume yang lembut,menusuk menambahkan lagi akan tarikan lelaki ini.Sekilas Adnin memandang Suria dan tersenyum.Beberapa calon temuduga lain tersenyum senyum ke arah Adnin.Juga di sambut senyum oleh Adnin.Dia ni memang kaya dengan senyuman,dan senyumannya itu bisa melunturkan gadis gadis mahu pun wanita wanita yang dah jadi mak budak di pejabat tersebut.Nama Suria di panggil


PEKERJA PEJABAT

Cik Suria


SURIA

Yer saya

PEKERJA PEJABAT

Masuk! (membuka pintu dan mengarahkan Suria duduk)

SURIA

Terima kasih

Suria duduk dengan tertib,sambil memandang ke mana si penemuduganya.
Adnin sedang tunduk mengambil fail di bawah meja.Dia tercari cari akan fail yang dikehendakinya.Terlihatnya akan selipar jepun milik Suria yang tersarung kemas di kakinya yang putih bersih.

Adnin berkata kata di dalam hati

Selipar jepun! (terkejut beruk)
Perghh kaki dia cantiknya
Kuku kaki pun cantik
Anak sape la ni

Adnin mendongakkan kepalanya dari bawah meja dan tersenyum kepada Suria. Dia mula serius,tapi dengan senyuman.

ADNIN

Ehem ehem
Nama you? (sambil menghulurkan tangan)

SURIA

Eh ada orang (terkejut bila melihat Adnin bangun)
Em saya Suria

ADNIN

So tell me little bit about your self?

SURIA

OK,Encik
Saya Suria,anak tunggal
Ayah dan ibu kerja kampung aje
Dulu saya bekerja di kedai komputer di pekan kampung saya
Saya baru sampai ke KL ni dan cuba cuba untuk memohon jawatan yang sesuai dengan kelulusan saya tapi,malangnya temuduga demi temuduga yang saya pergi semuanya…..

ADNIN

Reject disebabkan selipar jepun awak tu ?! (memotong cakap Suria)

SURIA

Yer encik (tersipu sipu malu)
Encik nampak ya?

ADNIN

Okay lah right now Suria,can you tell me apa yang membuatkan awak terus dengan prinsip awak memakai selipar jepun awak ni
What is so special about selipar jepun tu?
You are weird you know,with superb top but memakai selipar jepun
Kelakar pun ada
Tapi saya pasti awak ada sebab tertentu kan?
Tell me (sambil tersenyum)

SURIA

Begini encik
Semenjak kecil saya dah didedahkan dengan selipar jepun oleh ayah saya
Ya la ,sebagai pekebun kecil dengan pendapatan yang kais pagi makan pagi,kais petang makan petang
Apalah yang ayah saya boleh belikan tiap kali apa juga perayaan
Hanya dengan selipar ini (tunduk dan merujuk kepada seliparnya)
Jadi selipar jepun menjadi objek yang tidak boleh dipisahkan daripada saya
Setiap kali saya cemburu melihat kawan kawan lain bangga dengan sandal mahu pun kasut berbunga dan beriben mereka
Saat itu juga ayah meyakinkan saya bahawa betapa banyaknya kelebihan selipar jepun itu
Sampai saat lama kelamaan selipar ni dah berakar umbi dan jadi darah daging saya
Kami sekeluarga juga dihina kerana selipar jepun ini
Satu kampung mentertawakan kami
Sehingga saya berjanji kepada diri saya sendiri
Yang dengan selipar jepun ini lah saya akan kembali mengembalikan maruah keluarga saya
Encik tahu apa
Setiap kali menyarungkan sepasang selipar jepun inilah
Saya rasa kuat semangat,saya ingat jati diri saya,percaya diri dan buat saya terus mahu melangkah setapak demi setapak dan terus berlari mengejar impian saya (tenang)

Adnin terpaku dan kagum dengan penjelasan Suria itu.Dalam diam dia mula menyukai semangat dan sifat jati diri yang dipunyai dalam gadis manis ini.Adnin merasakan betapa istimewanya Suria.Suria patut menjadi salah seorang dari pekerjanya dan betapa ruginya jika dia tidak mengambil Suria.Adnin masih terus terkedu sambil memainkan jari jemarinya dengan Pen Cartier miliknya,sambil memandang Suria.Gelagat Adnin itu buat Suria geli hati dan Suria menegur.Suria mematikan lamunan Adnin.

------------------------------------------------------------------------------------------------
20 – SURIA, FENDI –APARTMENT – SIANG

Suria pulang awal hari ini.Niatnya mahu menghabiskan kertas kerjanya berkaitan ‘Suria Slippers’ yang masih banyak lagi perlu disiapkan.Suria memegang kertas kerjanya dan duduk di atas lantai di ruang tamu.Suria menyusun kertas kertas mengikut chapter yang tersusun.Selesai menyusun,Suria termenung sejenak.Bosan menguasai diri.Suria memandang jam dinding milik Dina yang baru menunjukkan pukul 6 petang.Suria mundar mandir di ruang tamu dan tiba tiba Suria mendapat satu idea yang dia mahu mengemas rumah.Habis rumah dikemasnya dari ruang tamu,bilik,dapur,bilik mandi.Kini dia mahu menyusun kasut kasut di rak kasut pula.Suria mengemas dan panik,dia tercari cari akan seliparnya sebelah lagi.Seakan mau menangis.Habis semua kasut dan sandal yang berada di situ dibongkarnya untuk mencari selipar kesayangannya itu.Tiba tiba Suria terbaling akan suatu objek.Seliparnya!Seliparnya itu sebelahnya sudah tercampak ke bawah melalui balkoni.

SURIA

Alamak…
Selipar aku! (cemas)

Suria terkocoh kocoh menutup pintu rumah,menguncinya,menekan punat lift,menunggu lift dan turun ke bawah.

Dalam masa yang sama seorang pemuda yang lalu di bawah apartment blok Suria terkena akan penangan selipar jepun Suria itu dari atas tanpa menyedarinya.

FENDI

Ya Allah
Selipar!
Mana datang pulak benda alah ni?
Sambil memerhatikan atas,bawah,keliling dan memegang selipar jepun itu dengan radang.Muka Fendi sudah merah menahan marah!

Takpe aku tunggu
Siap kau!
Dengan engkau engkau aku sapu ngan selipar ni!
Sah la ni apek mana yang pakai selipar selipar zaman kuno ni
Dah la pattern lama..
Mangkuk ayun la..(membebel sendiri)

Suria datang dengan lajunya dan mencari cari akan seliparnya.Pabila nampak Fendi memegang seliparnya berdekatan dengan kawasan jatuhnya selipar itu,Suria yakin itulah sebelah selipar miliknya.Fendi yang melihat Suria mencari cari akan seliparnya,hanya menunggu Suria datang kepadanya.Ketika itu Fendi tidak nampak wajah Suria.Suria mendapatkan Fendi.

SURIA

Bang…
Tu selipar saya tu…(dengan muka ketakutan,melihat wajah bengis Fendi)

FENDI

Apa abang abang..
Bila masa lak emak aku lahirkan ko…
Ha pompuan lak yang pakai!
Muda lak tu
Aku ingatkan apek mana la yang pakai selipar kuno macam kau ni! (marah)

Fendi masih memegang selipar Suria dan tidak mahu mengembalikannya.Suria dengan muka ketakutan seakan merayu agar Fendi menyerahkan kembali selipar kesayangannya itu.Fendi dengan egonya terus buat tidak tahu dan tidak mahu mengembalikan gayanya

SURIA

Bang
Jangan la buat macam ni
Selipar tu pemberian ayah saya (sudah mula menangis)
Saya ni orang kampung
Mak, bapak saya orang susah

Fendi tiba tiba gugup bila melihat Suria yang dah mula menerbitkan air mata.Rasa meluatnya datang.

FENDI

Woo..woo..
Nangis lak dah..
OK ambik balik selipar kau!
Lepas ni jangan sampai kena lagi kepala aku..
Kena!
Kau memang siap!(amaran)

Fendi berlalu pergi setelah mencampakkan selipar Suria itu.Menyampah betul dan meluat dia dengan air mata Suria tadi. Suria memandang Fendi dengan serba salah dan hairan.

CUT TO

------------------------------------------------------------------------------------------------

23-SURIA, FENDI, DILA – APARTMENT – SIANG

BAWAH APARTMENT – Suria di dalam bas dan menekan loceng.Sejurus selepas itu bas berhenti betul betul di depan apartment.Seperti biasa Suria melintas jalan untuk ke balik ke apartment.Tiba tiba langkahnya terhenti bila melihat Fendi di tepi luar apartment bersama dengan seorang gadis.Kelihatan si gadis,mungkin teman wanitanya teka Suria dengan penuh perasaan menolak nolak Fendi.Tidak kurang itu Dila menendang nendang Fendi dan menarik narik rambutnya.Seperti hysteria sambil memaki hamun Fendi.Malangnya Fendi hanya diam membisu seperti patung diperlakukan sebegitu.Makin lama diperhatikan Suria,tindakan Dila semakin melampau.Pantang bagi Suria seorang perempuan tidak menghormati insan lain terutamanya lelaki.Itu lah yang dipesan ibunya.

V.O EMAK

Suria,perempuan dicipta dari tulang rusuk kaum Adam
Lagi pula suami,memang patut dihormati kerana syurga seorang isteri berada pada suami
Tidak kira suami,walau siapa jua yang bernama lelaki
Kita harus menghormatinya
Apa jua tindakannya
Apa jua hubungannya dengan kita
Mak tak nak kamu tidak tahu menghormati orang lain Suria
Terutamanya lelaki….


Kata kata emak itu masih terngiang ngiang di telinga Suria.Tika itu Suria sering melihat dan tertanya tanya mengapa ibunya sangat taat kepada ayahnya dan sama sekali tidak pernah meninggikan suara dan menurut segala perintahnya.Ayahnya juga tidak pernah memperlakukan bukan bukan kepada ibunya dan bercakap juga tidak pernah sekali kali meninggikan suara sesama mereka.

Umpama tersedar dari lamunan.Suria melayangkan sebelah selipar jepunnya ke arah Dila.


DILA

Ahhhh!!!
Apa ni?

Dila mengongoi kesakitan akibat balingan selipar itu.Dia terduduk dan Fendi mendapatkannya dan memegang kepalanya yang terkena balingan selipar itu.Kelihatan sebelah selipar di sebelah Fendi.Fendi mendongak dan melihat Suria.


SURIA

Cik
Lain kali lebih bersopan pada lelaki OK
Lelaki perlu dihormati
Saya tak rasa boy friend encik ni melayan cik teruk sangat
Perempuan dijadikan dari tulang rusuk kaum Adam
Tidak kira apa hubungan pun
Tidak kira apa tindakan dia terhadap kita
Hormatilah kaum ini
Ingat ye cik…

Suria mengambil sebelah seliparnya dan menyarungkannya kembali.Menoleh kepada Fendi sekilas dan berlalu pergi.Fendi benar benar terkejut akan kehadiran Suria yang tiba tiba itu,tindakan Suria yang berani itu dan kata kata Suria yang menusuk itu.Hati lelakinya benar benar terpempan.




CUT TO

-------------------------------------------------------------------------------------------------


SURIA

Saya ada tanggung jawab yang lebih besar lagi Adnin
Saya ada cinta yang lebih besar lagi..
Cinta pada DIA
Cinta pada diri saya sendiri, maruah ibu bapa yang perlu saya kembalikan…
Cinta saya pada tanah tempat lahir saya
Saya ada tanggung jawab yang lebih besar lagi Adnin…
Maaf kan saya tak mampu….

Suria tidak mampu meneruskan kata katanya

SURIA

Tak mampu…untuk membalas cinta awak,Adnin

...

Fakta Menarik 'Selipar Jepun Suria'

*menulis dari 'hati',segalanya datang sendiri..roh dan aura 'Suria' umpama ada dalam diri saya
*siap dalam masa 1 minggu lebih.
*diolah oleh penulis skrip berpengalaman sebanyak 7 kali..haha,sebab saya yang masih amatur.Credit to Zaini Kosnin and his team!jangan terkejut jalan cerita,sudah tidak sama dengan skrip asal dan dialog yang saya tempekkan,kerana nama pun telah di OLAH.
*mendapat perhatian Encik Nizam boss 'Astro Prima' ketika present,kerana tertarik dengan jalan cerita dan tajuk.
*ada suka,duka,tangis dan air mata ketika proses dari mula menulis dan sehinggalah habis shooting akan cerita ini.Terkilan,geram,marah,sedih,gembira...at the end.

*Conversation between saya & watak utama 'Dayana Anak Wayang,Astro'

Norhaidatul Azian Tajul Ariffin 03 October at 13:12
Dear Dayana,
Gud luck on Selipar Jepun Suria,k

sis,doakan...k
you one of list as a main lead,sis suka watak lurus dan bersahaja,and so funny Dayana..

sis menulis watak tu dr hati...:-),olah back by Zaini & his best team!

Dayana Rozz 04 October at 20:07
owh, hi sis.. u know what i really love the story.. this is my 1st script yg i enjoy bace.. mcm i baca story book. n i love my character as suria. i'll try my best untuk hidupkan cerita 2.. thx alot!!!! =)

Norhaidatul Azian Tajul Ariffin 05 October at 01:23
hehe...can't wait to watch u inside the tv,dear!
hehe,Suria seorang yang lurus,baik hati,cekal,kental,kuat semangat,tabah,punya jati diri yang kuat sebagai anak kg,dan punya maruah dan harga diri untuk mengejar cita citanya dari cinta.Dia jugak funny dan sungguh kelakar dan cantik dengan selipar jepunnya itu.Dan kerana selipar jepunnya itulah Adnin dan Fendi jatuh hati kepadanya.

Always support you!
Dayana Rozz 05 October at 05:23
tq very much!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! =)


Lakonan:Dayana Anak Wayang as Suria,Sahronizam as Adnin dan Hairi Anak Wayang as Fendi.

From Harian Metro
Biarpun gagal meraih gelaran juara pertandingan program realiti pencarian bakat baru pelakon itu, Dayana tetap bersyukur kerana diberi peluang membintangi beberapa drama dan telemovie terbitan produksi tempatan. Penampilan pertama gadis yang berasal dari ibu kota ini menerusi telemovie, Anak Kurang Di Sayang Tuhan di Astro Prima.

Gandingan bersama naib juara Anak Wayang, Hafiz menerusi telemovie itu membentuk keserasian. Akui gadis ini, pelbagai pengalaman dilalui sepanjang menjalani penggambaran siri berkenaan. Watak sebagai Sarah dalam siri itu turut memainkan banyak emosi, biarpun penampilannya agak kasar dan meminati sukan bola sepak. Siri terbitan Nusantara Karya Seni Production ini dijadualkan untuk siaran Aidiladha nanti.

Keakraban dengan Hafiz menimbulkan tanda tanya. Begitupun, Dayana memaklumkan mereka membawakan watak sebagai pasangan kekasih menerusi siri itu namun dalam kehidupan sebenar, mereka hanya berkawan rapat.

Dayana mengakui mula 'jatuh hati' dalam dunia lakonan sejak menyertai program Anak Wayang. Malah dia berhasrat mengembangkan bakat dalam dunia seni.

"Saya berasa bertuah kerana menjadi peserta tunggal wanita yang berjaya tersenarai dalam kelompok tiga teratas. Secara tidak langsung, ia juga membantu mencungkil bakat seni yang saya ada. Selepas tamat sekolah, memang impian saya untuk membabitkan diri dalam dunia seni. Saya berterima kasih kepada Astro serta mereka yang terbabit dalam menjayakan Anak Wayang kerana banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar.

"Buat masa ini, saya menguruskan kerjaya seni sendiri. Selepas penyertaan Anak Wayang, saya nekad untuk terus membabitkan diri dalam dunia seni. Pada masa sama, saya juga menyimpan hasrat untuk menyambung pengajian dalam bidang pengurusan atau kreatif di Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya pada tahun depan.

"Walaupun tidak mempunyai asas dalam bidang seni, namun saya yakin minat dan kecenderungan untuk pergi lebih jauh dalam bidang seni membuatkan saya berani menjadikan lakonan sebagai karier utama. Jika diberi peluang, saya mahu memperkembangkan bakat menerusi program komersial, pengacaraan dan layar perak," katanya.

Dayana turut membintangi drama bersiri 13 episod seperti Bujang Sepah Si Lalitamplun (Astro Prima), selain watak Suria dalam telemovie Selipar Jepun Suria arahan Murali Abdullah dan Roslan Abdul Aziz.

Bercerita lanjut mengenai watak dalam drama bersiri yang diterajui trio Juara Raja Lawak musim ketiga, Sepah, Dayana memberitahu, menerusi drama itu dia membawakan watak Runu, seorang gadis penggoda dan gedik, biarpun karakter sedemikian berbeza daripada kehidupan sebenarnya.

Berbeza dengan penampilan sebagai Suria dalam telemovie Selipar Jepun Suria yang menampilkan karakter gadis kampung yang ringkas dan sentiasa memakai selipar Jepun kegemarannya ke mana saja.

"Watak Runu nampak mudah, namun sebenarnya agak sukar juga pada saya. Pada mulanya agak gugup untuk melakonkan aksi berkenaan, namun lama kelamaan menerusi bimbingan dan tunjuk ajar pengarah, ia akhirnya dapat dilaksanakan. Saya tahu dalam lakonan sukar untuk mendapat watak yang menggambarkan karakter kita sendiri. Sebaliknya, setiap watak yang diberikan, saya cuma melakonkan dengan sebaiknya.

"Sepanjang penggambaran, banyak benda yang saya pelajari daripada pelakon, kru produksi selain pengarah terbabit," katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Rap/20091118093528/Article/index_html

4 comments:

Anonymous said...

dear...

setiap langkah permulaan itu ada sejarahnnya, dan bila semuanya berlalu yang tinggal akan manis-manis sahaja, percayalah!

mardau@arnie said...

salam perkenalan. ;)
kita jumpa di taman warisan putrajaya.
tahniah kerna skrip awak dah berjaya dihidupkan dari kertas ke layar.
Semoga berjaya. gammbatte!!

Anonymous said...

Terima kasih untuk blog yang menarik

Mara said...

Thanks for thhis blog post